Sunday, November 25, 2012

Patung Mannequin murah di Jalan Kenanga

Assalamua'laikum dan semoga sentiasa ceria hendakNya..

Pagi tadi,pukul 10 lebih,aku and the geng pergi ke jalan Kenanga. Tujuannya adalah satu iaitu nak beli patung mannequin merangkap model baju and tudung kami,,hihi

Ini merupakan kali kedua aku pergi ke Jalan Kenanga,punyalah excited, semua kedai rasa nak terjah. Tetapi kebanyakan kedai hanya menjual secara borong dan kalau nak beli satu je, pasti tidak akan dilayan.

Kami berjalan dan setiap kali melewati sesuatu kedai, kami akan meninjau-ninjau ke dalam kedai. Biasalah perempuan, nampak baju bergantung-gantung, maunya tak tergoda,,hehe.

Dan akhirnya, jumpalah satu kedai ni, nampak sangat gah, iaitu kedai jual patung-patung yang kami nak cari. Tanpa berlengah lagi, lepas baca nama kedai tu, kami terus masuk,,,waaaa...banyaknya patung..ada kepala, kaki, full body, body and stand, macam-macam jenis warna kulit patung. Nampaknya, patung-patung tu tak menepati bajet kami (boleh tahan mahal). Nampak plak plastic beg kat rak-rak, tanya tokey kedai, katanya RM28 utk 200pc bagi yang plastc beg yang sederhana besar. Actually, ketiga-tiga kami bermonolog, "mahalnya"..tetapi, ntah macam mana, kena pukau ke atau apa la kan, kami dengan selamba ambil dan bayar tanpa ada apa-apa perasaan.

Then, lepas beli plastic beg, kami meneruskan perjalanan kami untuk mencari patung ajaib yang boleh menjadi model untuk tudung-tudung kat umah tu. Tiba-tiba, aku ternampak ada satu kedai kat deret bangunan paling belakang sekali..Kedai tu kecik jer,tapi,macam-macam ada,,kalau nak dibandingkan dengan kedai patung yang gah tadi,,macam enggang dengan pipit. Sesi bertanya harga pun bermula..waaa....sangat murah...satu kepala patung boleh dapat dengan harga RM14.00..cantek patungnya,,bibirnya,alisnya,,sesuai la tu..masing-masing sudah tersenyum. dah berjumpa dengan patung ajaib,,hehe.

Nampak plak body yang separuh tergantung, harganya cuma RM4.50..macam tak berbaloi je nak buat..bertambahlah senyum kami bertiga. Then,kami masuk ke dalam kedai, nampak plak plastic beg, maunya tak terkejut, harganya cuma RM6.00-RM12.00 sahaja..Rupanya kami sudah tertipu dengan kedai umpama enggang tadi. sangat rugi...

Selepas m=beli beg kargo, kepala patung, body patung dan hanger, aku mencari label nama kedai di bahagian atas pintu kedai tu,,nak tengok nama kedainya apa..kecik jer labelnya...

TERMINAL SIX ENTERPRISE
(maaf, terlalu excited,lupa nak amik gambar)

Dan untuk sesiapa yang pertama kali menjejak kaki ke Jalan Kenanga,anda dinasihati survey dulu kedai sebelum tertipu seperti kami..kuang3..

28 comments:

she is sabariah saba said...

ahahhaah xlay ingt laa pristiwa ni ... jadi suke sorang laluuu.. hahaha

Unknown said...

kat kedai si "pipit" tu ade jual patung full body tak? btw...fllow sy jugak eh, br jinak2 blog..huhuhu

seindah biasa said...

IDA SALIM :ada,,walaupn kdai kecik,,tp,,mcm2 ada..hehe

Anonymous said...

Apa nama kedai tu?area kenanga gak ke?

Hashimahanim Binti Md. Basri said...

ada no tel kedai tu... sy nak gi cari

Anonymous said...

kedai tu dlm bangunan kenanga ke atau kat deret kedai yang kat luar bangunan kenanga tu??

Unknown said...

Kedai tu dlm bngunan keluar bngunan kompleks kenange tu ye?

Anonymous said...

Best cerita ni. saya nak pergi cari patung murah jugak. Thanks for sharing.

Remi said...

Boleh bg detail lokasi kedai tu tk..nk g cari le..

seindah biasa said...

kedai tu area jalan kenanga gak,,namanya terminal one six mcm tu la,,

Felia said...

Salam..berapa harga body patung tu?

Anonymous said...

Jalan kenanga tu kat pudu ke??
Nk beli patung tapi xtahu jalan n tempat yg murah

seindah biasa said...

Dekat jer ngan pudu..pendek kata dekat ngan hang tuah

nani jafri said...

salam akak kat kedai nie ada x jual patung yg besi tu warna putih mahal x tq coment back taw nani mencari nie

ridzuan said...

Assalam..nak tanye..jalan kenanga ni kat area mana ye..

Ann said...

Hi, saya Ann dari Sabah, nak tahu ada tak penghanrtaran ke sabah, jika ada berapa kosnya dan bagaimana nak order patung mannequin dari kedai kita nie? Terima kasih.

seindah biasa said...

assalamualaikum kawan2,,
maaf, sy jrg sgt bukak blog.
jalan kenanga tu bersebelahan dengan lrt hang tuah, kalau naik lrt, turun lrt hang tuah,kat situ banyak kedai borong. jubah, blouse, baju kurung n mcm2 lagi la. dan ad jugak kedai patung mannequin ni. salah satu nya kedai yang pergi ni.kedai dia, kat bahagian belakang, kecil dan berserabut jer.
nani jafri: seingat saya tak de, tapi itu setahun yang lepas. sekarang saya tak pasti.kena rajin survey kat situ.jangan terus beli.
Ann: maaf,saya tak de la pulak contact number owner dia.saya rasa dia tak jual online.sebab kalau tengok dari kedainya pun saya dah tahu.

Unknown said...

nak tya, patung lelaki ada jgak ke? TQ

Unknown said...

Hi sister..nak tanya daerah manakah lokasih kedai patung tu...thanks

Unknown said...

ade no fon kedai tu takk???

Square scarf said...

0126913662 ni number hp nya

Unknown said...

thanks for the info uolls!

Nur Herdayu Jami'an said...

Thanks for sharing :). Jom singgah di blog saya dan dapatkan tips kecantikan serta rahsia berhenti merokok buat perokok tegar. dorajimi.blogspot.com


Nur Herdayu Jami'an said...

Thanks for sharing :). Jom singgah di blog saya dan dapatkan tips kecantikan serta rahsia berhenti merokok buat perokok tegar. dorajimi.blogspot.com

Ain said...

(Head Office)
No. 7, Jalan Merlimau, Off Jalan Kenanga,
55200 Kuala Lumpur.
Tel/ Fax: 03-92213662
H/P: 012-6913662
Fax: 03-56316815
terminal6ent@hotmail.com

jumpa kat blog lain...

Unknown said...

Thank you awak! Kejap lagi nak pergi cari dengan husband. Hehe

Lyssa said...

Awak jumpa ke kedainya? Brp hrga nya skrg?

Lyssa said...

Awak jumpa ke kedainya? Brp hrga nya skrg?