Saturday, November 29, 2008

"price of freedom"


alhamdulillah utk hdup ini..Ak join program BPR yg kedua bermula 26-28 november..program ni lebih kpda kehidupan d sebalik tirai besi..sebenarnya,,mngikut plan,,program ni djalankn kt penjara..tp,,kita yg mrancang,Tuhan yg menentukan..ad problem yg xdpt dielakkan ...so,,program ni djalankn kt sedili damai resort,kota tinggi,johor..peserta yg terlibat adlah student uitm n utm..program ni lebih kpda program lanjutan dr program sekretariat pencegahan rasuah ipta..smasa smpai,,ktorg dikerah sperti banduan yg baru menjalani hkuman penjara..ktorg hnya dbenarkn mmbawa brg yg dsenaraikn shaja..pegawai2 penjara brtngugjwab spenuhnya ke atas banduan2 yg baru smpai ni..hehe..mula2 smpai,,ktorg kna wt mdical checkup,,tkar baju yg pihak penjara bg n amik gmbar..bermulalh khidupn seorg banduan..pihak penjara ad bg pingn,,gelas n brus gigi kecik yg kna sarung kt jari..comey jer brus gigi 2..mase program 2,,mcm2 aktviti yg ktorg wat..tp,,lebih kepada mengenal dri sendri..yg penting,,ak blajar utk mnghargai rzeki Allah s.w.t..mknn pon cm dlm penjara..air teh tanpa gula n roti..klau mkn nasi pon,,nasi lauk ikn greng n syur kuah air...tawar,,xrase pape,,da la pgawai 2 letak bnyak..pah 2,,kna abiskn..ad yg sampai nk trmuntah2..blajarlah utk mensyukuri rezeki Tuhan..ari trakhir,,pgawai2 share pnglmn ngn ktorang,,sedey ble dgr cite d sbalik tirai besei ni..tapi,,itulah balasan dunia untk sesiapa yg wt salah..malas nk cite lebey2,,klau ad program cm ni..joinla..bes,,cari pengalaman,,,ok..hargailah kbebasan yg kita ada..hdup ni ad peraturan n sistem..jgn nak men tibai jer klau wt sesuatu bnda 2..blajarlah dr kesilapanorg len n blajarlah utk mensyukuri apa yg kita miliki demi mengejar kebahagiaan hdup di dunia dan di akhirat..insyaALLAH..

tingkatkan integriti,,hapuskan rasuah..


alhamdulillah,,syukur kepada ALLAH S.W.T..akhirnya tibalah mase yg dinanti2kan..mlm ni ak balik umah..huhu..tp yg penting,,dalam seminggu ni,,pengisisan yg sgt bagus utk ak n sahabat2 dalam mengenal erti rasuah..22 hingga 24 november,,ak join program rakan muda sekretariat pencegahan rasuah ipta..uthm n utm..bes..klau sbelum ni,,ak hnya taw BPR 2 adlah badan pencegah rasuah..n skrag aku da taw makna rasuah,,kesalahan2 rasuah..hukuman2 utk pesalah rasuah..skurg2nya,,cuti ak ni xdelah membazir sgt ngn lepak2 kt umah jer..pengalaman 2 penting kn..hehe..untuk sahabat2 di luar sana,,jgn terlibat ngan rasuah..even upah adik p kedai sekalipun..maksud ak cam ni.."dik,,p kedai jap,akak upah 20sen"..pah 2,,si adik jawab "ala,,,20sen jer,,p r sndri"..pas 2,,si kakak mnambah lg 50sen...itu adalah rasuah taw..jangan sebab duit, kita terperangkap ngan rasuah....dalam sedar xsedar,,rupa2nya,,selama ni ak merasuah adik aku la..skrg ni,,byk sgt rasuah kt negara kita ni..dalam politik pun ad mnde2 cam ni..sebab 2 la org ckp politik skrg men kotor..ak xberani nak ckp lebih2..sebut pasal duit,,semua mata terbeliak..dari golongan atasan hingga glongan bawahan..aku sempat salin satu hadis,riwayat Tabrani yg berbunyi "pemberi dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka"..so,,sama2lah kita jauhi rasuah..

Wednesday, November 19, 2008

memori bersama

aku bersyukur kerana berpeluang mengenali sahabt2ku ini..banyak yang aku belajar dari kalian semua..banyak yang menjadikan aku makin matang..thanks so much kakak2 ku...thanks so much jugak untuk temanku yg setia,,tun n diha..kadang-kadang kita ketawa,,,kadang-kadang kita menangis,,,tapi itu semua yang membuatkan kita bahagia kan..aku pasti,,aku akan merindui suasana itu..nanti,,sem depan,,tinggal aku,,tun n dyha,,campur ngan kak aida n kak erin,,jadi 5 orang..kami kena belajar jadi kakak,,sebab 3 orang kuat kita da g praktikal,,,mesti sedey..
nak nangis,,tp,,mne bleh nangis,,aku da besar,,kakak mana bleh nangis kan..kak umah,,aku paling hebat,,sebab aku kakak sulong...kat cni,,,sebab ada 3 orang kuat ni,,aku suka plak jadi adik..nanti,,kak mai,kak ana n kak ros jgn lupa kami ek..senang2,,mai la jenguk kami kat cni..hehe..apy2 selalu

untuk seorang teman


kawan,,,jangan sedey2 lagi,,aku x suka kamu begitu...
kamu berhak untuk rasa bahagia..
aku harap...hari2 sedey kamu da berlalu..
pilihlah utk ceria,,macam hari ini..
siapa lagi nak gembirakn hati kamu klau bukan diri kamu sendri...
kamu mesti gembira jugak,,ALLAH S.W.T uji kamu sebab DIA tahu kamu mampu hadapinya kan,,
jgn wat muka sedey2 lagi,,kenapa???
sebab kamu adalah kawan aku,,jgn moody2 lagi..ok,


Sunday, November 2, 2008

5,6,7,13,18,20


Angka2 yang menjadikan aku tak senang duduk. Apa nak jadi la ngan budak ni sorang. After subuh niat nak study,,study la juge sikit2 pon. Sambil layan lagu,,study la aku dengan jayanya. Mata tak lepas memandang kat screen laptop aku ni. Berkatalah aku dalam diri,,"pagi ni da study sikit, apa salah aku layan tenet kejap"..Kejap yg disangkakan 2 rupe2nya lebih gak sejam. Buku Mekanik Tanah ni duk tgk jer aku,,mesti dia jelos sebab ak xlayan dia. Pape pon,,len kli r sambung,,no idea. Hah, yang nombor2 2,tarikh final exam aku. Sahabat2,,doakan kejayaanku, saudara seislam denganmu..

Friday, September 26, 2008

selamat hari raya aidilfitri

ari ni ari ke 26 umat Islam seluruh dunia berpuasa,,Ramadhan,,bulan berkah yang kita nantikan sebelum menjelangnya Syawal,,tetapi,,tinggal 4 ari lg jer,,mesti aku akn mrindui Ramadhan kali ini...semua kawan2 da balek,,tinggal aku n kak ros jer..sunyi..ari ni,,berbuka sorang2 sebab kak ros ada hal..rase sedey sangat,,maybe,sebab mkan lauk kicap jer..hehe..esok,,tibalah masenya untuk aku balik,,huhu..tak sabar nak tengok baju raya yg mak buat..maroon...agak2,,adik2 mesti ngah tunggu aku balek kan,,da satu sem xbalik,,td,,g belik kerepek,,semuanya untuk adik2 kak nor,,rindu kat semua..hari raya nanti mesti meriah,,sebab abg aku yg navy 2 pon balek jgk,,
80rg seme brkumpul..tp,,yg xsyokya,,my camera kt kedai,,rosak,,klau x,,gila bergambar la adek2 aku nnti..xsabar nak tgk diorg ngan baju baru..tahun lepas,,baju diorg xbrganti..tahun ni,,ada org sponsor,,2 yg excited sgt..mesti hencem2 wira2 hatiku 4 org 2,,
untuk kwan2 yg da balek n xbalek lg,,camat hari raya,,juga untuk pengunjung blog ku..selamat ari raya..jom ramai2 balik kampung,,pandu ngan cermat,,baca doa naek kenderaan,,semoga ALLAH permudahkan jalan kita pergi dan balek

Sunday, September 21, 2008

LAILATUL QADAR


Dalam Surah Al-Qadr, Allah berfirman yang bermaksud:
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadr.
2. Dan tahukah kamu apakah malam Qadr itu.
3. Malam Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya.
5. Malam itu penuh dengan kesejahteraan sampai terbit fajar.



Petikan Dari Munajat Nabi Musa a.s. Kepada Allah s.w.t.
Munajat Nabi Musa a.s., “Ya Allah yang Tuhanku! Aku ingin menjadi seorang hamba yang paling hampir sekali denganMu. “Firman Allah s.w.t., “Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah hampir dengan hamba-hambaKu yang bangun pada malam Lailatul Qadar.”


Munajat Nabi Musa a.s., ‘Ya Allah ya Tuhanku! Aku amat mengharapkan sekali akan RahmatMu itu.” Firman Allah s.w.t., “Wahai Musa! Sesungguhnya RahmatKu itu adalah bagi mereka yang berkasih sayang dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap orang-orang miskin pada malam Lailatul Qadar.”


Munajat Nabi Musa a.s., “Ya Allah yang Tuhanku! Aku ingin sekali untuk melintasi pada titian Siratul Mustaqim di hari kiamat kelak dengan pantas seperti kilat yang menyambar. ” Firman Allah s.w.t., “Wahai Musa! Sesungguhnya yang demikian itu engkau akan perolehi dengan memberi dan membanyakkan sedekah pada malam Lalatul Qadar.”


Munajat Nabi Musa a.s. “Ya Allah ya Tuhanku! Aku teringin sekali untuk berteduh di bawah pohon-pohon syurgaMu sambil dapat pula memakan buah-buahnya. “Firman Allah s.w.t., “Wahai Musa! Sesungguhnya kamu akan memperolehi niatmu itu tetapi banyakkanlah olehmu akan bertasbih serta bersungguh-sungguh kamu dalam mengerjakannya pada malam Lailatul Qadar.”


Munajat Nabi Musa a.s., “Ya Allah ya Tuhanku! Selamatkanlah aku dari azab neraka jahannamMu. “Firman Allah s.w.t., “Wahai Musa! Bermohonlah kamu kepadaKu dengan membanyakkan meminta keampunan dan beristighfar hingga ke waktu subuh hari pada malam Lailatul Qadar.”


Munajat Nabi Musa a.s., “Ya Allah ya Tuhanku! Anugerahkanlah keredaanMu itu terhadap diriku ini. “Firman Allah s.w.t. “Wahai Musa! Sesungguhnya keredaanKu itu adalah bagi orang-orang yang mengerjakan solat sunat 2 rakaat pada malam Lailatul Qadar.”



Bilakah Malam Lailatul Qadar ?
Imam Al Ghazali Rahimullah berpendapat malam berlakunya Lailatul Qadar itu boleh dikenali dengan cara yang berikut seperti,
Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29 hb Ramadan.Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21hb Ramadan.Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27hb Ramadan.Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23hb Ramadan.



#ihsan Anuar Blog

Thursday, August 21, 2008

Sunday, August 17, 2008

azab wanita neraka


Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat..
Renungan khususnya untuk para wanita dan diri aku sendiri..
Sayidina Ali r.a menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fatimah.. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah menangis..Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan..Itulah sebabnya mengapa aku menangis..Kerana,menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya..Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahndanya..."Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih..Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakangdan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya..Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking..Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka..Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri..Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta..Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya..Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pentung dari apineraka,". kata Nabi..Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantungrambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, danperempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kala jengking padanya karena ia boleh solat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mahu mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.

"Mendengar itu,Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Saturday, August 16, 2008

selamat hari jadi

ari tu kan,,6 ogos 2008 bersamaan ari rabu,,member aku wat suprise..
ada kek..mekasih semua...cayang korang..terharu sangat..malam 2,,makanlah kek dengan jayanya..huhu..thanks gak kat sape2 yang wish besday aku..ada seorg kawan aku 2,,dia wish,,"selamat ari jadi,selamat mengingati mati"..
menakutkan je..tapi,,bagus gak dia ckp cm 2,,skurg2nya,,da tau yg aku da tua..
pape pon,,thanks so much...cayang korang seme..(^_^)

Wednesday, August 13, 2008

hujan

bercerita mengenai hujan,,mesti ramai yang tak suka.. tak kesahla pape pon,,yg penting,,aku suke bebenor hujan.. time hujan,,lagi2 kalau clas cancel,,besh kan,, terperap jer kat bilik,, apa lagi,,tito r,,mimpi yang besh2..kalau hujan beserta kilat,,aku takut gak.. tapi,,hari ni tak hujan,,mendung la..ok gak,,aku ni macam nak demam jer,, kalau hujan kan,,makin teruk jadinya karang..ingat lagi mase kecik2 dulu,,suke men hujan..tapi yang pelik bin ajaibnya,,susah plak nk demam,,bosar2 ni,,kna sikit pon,,boleh demam..maybe,,kandungan air hujan 2 kot..yela,,dulu2,,mne de kilang,,keta pon xbanyak..minyak makin mahal,,keta lagi banyak..heran aku..sekarang ni,,tepi umah pon ad kilang,,mcm mne 2???tapi,,bkn umah aku tau..rumah polan bin si polan..klau da hujan+asap kilang+asap keta=hujan asid .. btola la kot persamaan 2..ak pon xreti sangat bab2 alam sekitar ni..so,,better jangan men hujan..tengok sudey..aik???sekarang macam nak ujan jer..macam taw2 jer aku tengah cite pasal dia..kita tunggu dan lihat..hujan ke,,xhujan ker,,aku tetap xbalik cuti..cian adik2 aku,,asal tepon jer,,suh aku balik..pape pon,,raya ni aku mesti balik..nak cium tangan mak n ayah yang ku sayang2 gitu..berbalik cite ujan..pernah dengar x lagu sudirman,,tajuk dia hujan..hujan yang turun bagaikan mutiara..kayalah kita kalau memang btol2 mutiara kn..em..aku nk cakap pe lg ek pasal hujan ni..xde pape da kot..anyway,,baca dalil mengenai hujan di atas..ALLAH cipta hujan n kilat bukan saje2 taw..supaya kita sedar,,semua yang terjadi ada hikmahnya..sesungguhnya,hakikat kejadian itu indah..

Sunday, August 10, 2008

meniti mimpi


aku suka lagu ni,,kumpuln hijjaz yg nyanyi..
boleh dkatakan,,overall lgu hijjaz aku suke,,
xtau la nape,,
ok,,hayatilah lirik lagu meniti mimpi..
kita sebagai manusia,,banyak buat silap,,
aku tak tuduh sape2,,aku tgk pada diri aku sendiri,,
siapalah aku untuk menilai diri orang lain..
walau apapun..ALLAH tetap bagi kita peluang,,
DIAlah YANG MAHA AGUNG..
berapa banyak pun silap kita,,selagi kita tahu apa itu TAUBAT,,
asalkan cinta kita sesungguhnya untuk DIA..
INSYAALLAH,,kita masih hambaNYA yang setia..
hidupku hanya untuk agamaMU..

(sape2 yg nak download lagu ni,,klik link di bawah)
hijjaz-meniti mimpi

Friday, August 8, 2008

besnya jadi anak mak dan ayah

mak..
rindu mak sangat2..
teringin nak peluk mak erat2..aku ingin miliki peluang itu..
mak pandai masak..mak sentiasa ada bila aku sedih..mak pandai pujuk..
itu yang wat aku sayang sangat2 kat mak..
nak sangat bagitau mak,,bes sangat jadi anak mak..
mak adalah mak yang terbaik kat dunia.
saat bersama mak adalah laluan terindah dalam hidup ini tau..
mak adalah ibu yang terhebat di mata anak2 mak..
ayah..
bangga sangat jadi anak ayah..
walaupun aku tak rapat sangat ngan ayahndaku yang tersyang ini,,
tapi,,apa mampu aku cakap,,setelah keringat itu yang membawa aku ke sini..
ayah cukup hebat untuk aku..
aku nak tengok ayah tersenyum bangga punyai anak macam aku..
aku nak ayah bahagia..
ayah adalah ayah terbaik kat dunia ni..
bes sangat jadi anak ayah..
aku nak tengok mak n ayah bahagia dunia dan akhirat..
terima kasih ayah..mak..
terima kasih..
aku nak jadi anak yang solehah untuk mak dan ayah..
jadilah permata ayah bonda yang terbaik untuk ayah bonda yang terbaik

permata ayah bonda

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita
Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara
Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada
Yang EsaKepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang
Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada
Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya
Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya
Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga
Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua
Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda
Engkaulah permata ayah bonda….

Sunday, August 3, 2008

,,message besh dlm inboxku,,

mesej ni dari seorg saudara ak,,myb,,da lame xjumpa,,dia rindu aku kot,,huhu

mendung tak bererti hujan,
redup tak bererti tenang,
senyum belum tentu gembira,
sedih bukannya duka,
diam bukan beerti lupa,
jauh hanya di mata,
di hati tetap selamanya..

mesej seret recipe ni plak dr seorang kawan aku,,mak dia terror wat kek chocolate ni,,dia pn terror gk kot,,thanx ek mc'd,,sape nk try bleh try..

koko secawan, gula secawan, susu pekat setin, susu cair setin, (pah 2,kcau seme ni spmpai sebati dlu)..pah 2,,msukkn 2bji telur(dkacau dulu), minyak secawan.
kacau seme ni dan panskan..mase tgah panaskan 2,msukkan tepung 2cawan, 1 sudu bkarbonat, 1 sudu tpung nek sendri, pnaskan smpai mngelegak sket je,,(jgn smpai pekat sgt)..msukkn dlm bekas,,kukus 45 minit..

mesej2 ni plak dr seorg teman rapat yg sgt misteri,,,

CERDASNYA AKAL MENUNJUKKAN BAHAWA PENCIPTANYA YANG MAHA KREATIF..
DALAM PENCIPTAANYA,,TERKANDUNG BANYAK PELAJARAN,,jaga diri mu..

Tiada yg lebih berharga dr sekuntum iman di dada..
peliharailah ia,,bajailah ia dengan gerimis amal soleh..
hilang ia beerti hilaglah tempatmu di sisi ALLAH..

When ALLAH drops needles n pins along ur path of life,,
don't step away..Pick it up n collect them..
They're designed to teach u to be strong n wise..

,,,from the bottom of my heart,,,


kekadang,,
bila aku keseorangan,,
hati aku berkata-kata dalam diam,,
menoleh ke kiri ke kanan tanpa seorang teman,,
persoalan demi persoalan,,
benak ini yang terfikirkan,,
kenapa aku yang dijengah kesepian,,
kenapa aku yang sendirian,,
kenapa aku yang mesti merasa kesunyian,,
sedangkan telah tertulis jawapan,,
kerana aku hanya seorang insan,,
kerana aku hanya seorang pejuang,,
kerana aku harus redha dengan ujian TUHAN,,
aku tahu takdir satu ketentuan,,
aku kejar sesuatu yang menjadi impian,,
selagi aku berpegang pada satu kalimah seorang Islam,,
aku bukan lagi keseorangan,,
sejauh mana pun aku menlangkah ke hadapan ,,
sekeping hati ini tetap menjadi milikMU TUHAN...
selamanya tetap menjadi milikMU...

Saturday, August 2, 2008

your love,,,


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

hari ini hari SABTU

assalamualaikum,,
hari ini 2 OGOS 2008 bersamaan 30 REJAB 1429 hijrah,,
aku mengadap laptop spanjang mase tanda setiaku pd buah hatiku yg satu ini,,
huhu,,
assingment brlambak2,,tp,,still relax,,
enjoy urself k,,huhu
ske bebenor wt keje last minute,,
nk wat cam ne,,ak memang bgitu,,
ble ntah nak brubah,,
pg sabtu ni cerah,,xde tanda nak hujan lansung,,
alhamdulillah,,kuasa ALLAH,,,aku rindu hujan,,
sejuk,,dan basah,,tapi,,kain mesti xkering,,
esok ari AHAD,,ap aku nak buat ar cuti cam ni ek?
aku tau,,jawapanya,,buatlah asgment 2,,
opey,,nk pi wt assingment la,,smbil dgr lagu nasyid,,segenggam tabah,,
smoga aku setabah itu,,
pilihlah untuk ceria,,
pikir positif jer,,senyum jer,,sapelah nk ceriakn hdup kita klau bkn diri kita sndri kan,,
anyway,,b urself,,spaya kamu lebih kenal diri kamu,,
wassalam

Wednesday, July 30, 2008

dari seorang TEMAN,,,

Senyum simpul itu kini tersungging di wajahmu
Setelah lama tak pernah ku lihat itu
Namun kini senyum itu kembali hadir
Membuat hati ingin bersorak

Tlah lama ku nantikan masa itu
Masa dimana ada tawa menghias wajahmu
Masa dimana ada ceria terpancar dari wajahmu
Masa yang lama ku nanti
Hanya sekedar tuk melihat rekahnya senyuman yang kan menghias wajahmu

Lepaskanlah kawan,,,,,,,
Lepaskan gelisah yang teronggok di dasar jiwa
Biarkan ia melebur bersama duka
Hanya dengan senyummu jiwa kembali ceria
Hanya dengan senyummu semua kan bersuka

terharu sgt ble bca sajak ni,,
thanks so much ikhsan pallawa,,(^_^)

Monday, July 28, 2008

Rahsia Bulan Dan Kelahiran

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.
* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar.
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk
merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat
* Suka diberi perhatian
* Sangat diplomatik (pandai memujuk )
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.

MEI
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan
* Seorang yang sangat tertib
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh.
* Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping.
* Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
* Agak pendiam kecuali dirangsang.
* Ada harga dan maruah diri.
* Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
* Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
* Sangat menjaga hati orang lain.
* Sangat peramah.
* Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
* Berjiwa sentimental
* Jarang berdendam.
* Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
*Tidak suka benda remeh-temeh
*Membimbing cara fizikal dan mental.
* Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
* Layanan yang serupa terhadap semua orang.
* Tinggi daya simpati.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
* Mudah dan rajin belajar
* Suka muhasabah diri.
* Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
* Suka mendiamkan diri.
* Suka duduk di rumah.
* Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
* Tidak agresif kecuali terpaksa.
* Lemah dari segi kesihatan perut.
* Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
* Minta disayangi.
* Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
* Terlalu mengambil berat.
* Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual.
* Suka orang yang sayang padanya.
* Suka ambil jln tengah.
* Sangat menawan & sopan santun.
* Kecantikan luar & dalam.
* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
* Sentiasa berkawan.
* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
* Cepat marah.
* Macam pentingkan diri sendiri.
* Tidak menolong orang kecuali diminta.
* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
* Tidak suka terima pandangan orang lain.
* Emosi yang mudah terusik.
* Suka berangan & pandai bercakap.
* Emosi yang kelam kabut.
* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
* Suka melancong, bidang sastera & seni.
* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
* Romantik dalam percintaan.
* Mudah terusik hati & cemburu.
* Ambil berat tentang orang lain.
* Suka kegiatan luar.
* orang yang adil.
* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
* Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara.
* Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
* Berfikiran kehadapan.
* Berfikiran unik dan bijak.
* Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
* Pemikiran yang tajam.
* Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
* Sesuai jadi seorang doktor.
* Cermat dan teliti.
* Personaliti yang dinamik.
* Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
* Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
* Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
* Terlalu degil dan keras hati.
* Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
* Tak suka marah kecuali digugat.
* Mudah ambil berat terhadap orang lain.
* Pandai muhasabah diri.
* Cara berfikir yang lain dari orang lain.
* Otak yang sangat tajam.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Tidak hargai pujian.
* Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak
sesuatu.
* Cuba sampai berjaya.
* Badan yang sasa.
* Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
* Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
* Suka duduk d irumah.
* Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
* Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
* Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
* Bercita-cita tinggi.
* Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik

Monday, July 14, 2008

,,,satu,,,,dua,,,tiga,,,,empat,,,,

Satu... kasih nan abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu, kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan,,
penyanyi: Aris Ariwatan

Sunday, July 6, 2008

JiKa EsoK tAk PerNah DatAng

Setiap bangun tidur dan membuka mata, yang terucap adalah kalimat syukur bahwa Allah masih mengizinkan diri ini kembali melihat fajar. Merasai hembusan angin pagi yang menerobos celah jendela, dan menjumpai semua yang semalam terlihat sebelum mata terpejam masih seperti sedia kala, tidak ada yang berubah.
Kemudian melangkahlah dengan iringan doa di gerbang mungil menuju arena perjuangan kehidupan. Dengan tuntunan-Nya lah diri ini tak melangkah ke jalan yang salah, tak menjamah yang bukan hak, tak melihat yang dilarang, tak memamah yang tak halal, tak mendengar yang batil, dan tak banyak melakukan yang sia-sia. Karena setiap waktu yang terlewati pasti akan ditagih tanggungjawabnya. Lantaran semua jalan yang dilalui akan dimintai kesaksiannya atas diri ini. Dan sebab seluruh indera ini akan diminta bicara tentang apa-apa yang pernah tercipta.

Hari ini, masih ada lalai terbuat. Masih juga lengah sehingga khilaf tercipta. Meski segunung tausyiah pernah didengar, mulut ini masih terselip berucap dusta, saringan telinga ini tetap tak mampu membendung suara-suara melenakan, dan masih saja ada perbuatan yang salah, walau itu dalam bingkai alpa. Padahal, di setiap terminal ruhiyah, sedikitnya lima kali sehari lidah ini berucap, tangan ini tertengadah, dan mata menitikkan butir bening, seraya memohon perlindungan dari Allah dijauhkan dari salah dan dosa. Tetapi, masih juga langkah ini menuju arah yang sesat.

Setiap hari menangis, setiap hari meminta ampunan, setiap hari berbuat salah. Hari ini mencipta dosa, esok sibuk bersujud, meluluhkan air mata, menyusun kalimat doa, menganyam pinta semoga Allah menghapusnya dalam sekejap. Detik ini berbuat salah, terlalu lama menghapusnya, bahkan kadang lupa. Padahal, bisa saja sedetik kemudian diri ini tak lagi sempat memohon ampunan. Lupakah bahwa waktu sangat cepat berlalu. Lupakah pula bahawa menyesal di akhirat hanyalah kesiaan yang nyata?

Bagaimana jika hari esok tak pernah datang, padahal baru saja seharian ini berenang di lautan dosa. Padahal belum sempat menghapus noda hari ini, kemarin, sepekan yang lalu, setahun lalu, dan bertahun-tahun yang lalu. Bagaimana jika Allah tak berkenan membukakan mata kita setelah sepanjang malam terlelap? bagaimana jika perjumpaan dan canda riang bersama keluarga semalam adalah yang terakhir kalinya. Ketika esok harinya ruh ini melihat seluruh keluarga menangisi jasad diri yang terbujur kaku berkafan putih.

Bagaimana jika matahari esok terbit dari barat, tak seperti biasanya dari timur? Padahal hari ini lupa menyebut nama-Nya. Padahal di hari ini, belum sempat mengunjungi satu persatu keluarga, kerabat, sahabat, tetangga, dan orang-orang yang pernah tersakiti oleh lidah dan tindakan kita. Sudah terlalu lama tak mencium kaki orang tua mencari keridhaannya, walau tak terhitung salah diri. Belum lagi sempat berderma, setelah derma kecil beberapa tahun lalu yang sering kita banggakan.

Dan jika memang esok tak pernah datang. Sungguh celakalah diri ini. Benar-benar celaka, bila belum sempat mencuci dosa sepanjang hidup. Bila belum mendengar ungkapan maaf dari orang-orang yang pernah terzalimi, bila belum menyisihkan harta yang menjadi hak orang lain, bila belum sempat meminta ampun atas segala salah dan khilaf yang tercipta.

Maka, saat pagi ini Allah masih memperkenankan diri menikmati fajar, mulaikan hari dengan kalimat, "terima kasih, Allah"

Wednesday, April 9, 2008

kembara lagi

sunrise di pantai air papan

dari puncak gunung panti

dari puncak gunung arong

kat pantai air papan

assalamualaikum,,
alkishnya bermula,,
time member aku imform pasal kembara ke gunung panti n gunung arong tu, aku tak sure nak pergi ke tak,,,yang pasti, aku memang suke aktiviti2 cam ni..
pikir punye pikir,,akhirnya,,aku register gak name untuk daki gunung tu..
adalah dua,tiga orang member rapat join sekali..xdela aku sorang2..
kalau nak cite tentatif program,memang panjang...
so,tugas aku kenalah pendekkan cite,,,gunung pertama aku jejak adalah...jeng..je..jeng..gunung panti kat kota tinggi..memang bes..
ciap ada cerun 90 drjah agi..batu2 lak tu..aku yang tak pernah daki gunung ni, ciap peluk lagi batu2 besar tu,cuak gak..silap langkah bleh jatuh,,,
sampai je ke puncak, syukur alhamdulillah..selamat gak aku ni..
subhanallah,memang ciptaan ALLAH S.W.T tiada tandingannya..lawa gile view dari puncak..kerdil rase diri ni..
sambil2 tu,bolehla brkenalan ngan flora fauna yang memang cantik ar..ciap masak maggi agi kat puncak..memang sodap...
pah 2,turun gunung..lepas bersihkan diri n wat apa2 yang patut,kitorang bertolak ke pntai mersing untuk camping tepi pantai..bangun subuh, solat, masak n yang paling penting..dapat tgk sunrise..syukur lagi sebab aku berpluang tgk semua keindahan ciptaan ALLAH S.W.T..jauh di sudut hati,betapa aku merasa indahnya dilahirkan untuk menjadi hambaMU...pah 2. kitorang bertolak ke kaki gunung arong lak..daki punye daki, rase da nak give up..da la lupe bawak air..curam gila..tapi,aku sampai juga ke puncak..kali ni dapat tengok pantai mersing..rasa macam xpercaya..kat puncak, kitorang masak maggi gak ngan makan bekal nasi goreng..cedap plak..pah 2,balik ar..
alhamdulillah, sambil2 cari pengalaman, aku menghayati keagungan Yang Maha Esa..itulah yang terbaik..
tanpa DIA, siapalah kita..


Saturday, March 29, 2008

Manusia yang dapat doa para Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa')
Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'"
(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia"
(Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf - saf terhadapan"
(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf"
(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"
(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Monday, March 10, 2008

bersyukurlah untuk sekeping apam balik..

assalamualaikum,,,











Hari ni ada pasar malam..everyweek,aku memang tak melepaskan peluang la shopping makanan kat pasar malam tu..walaupun pasar tu kecik je,tapi bestla..hujan2 pun,aku redah jugak sambil nyanyi lagu group Hujan..hehe..apa yang best sangat kat pasar malam tu?..satu jenis makanan yang menjadi favourite aku..iaitu..si apam balik..aku tak kira,nak bagitau jugak apam balik, even kawan aku selalu bengang sebab aku asyik beli apam balik je..


huhu..


Sekarang,da macam-macam apam balik da ada,jenis chocolate, pisang, nenas, seme ada...da macam waffle yang bese jual kat stesen bas(batu pahat) tu..


tapi, apam balik bese(kacang tanah) tetap menjadi pilihan aku yang memang manusia bese...sedap..


alhamdulillah, syukur padaMU TUHAN, dengan limpah kurniaNYA, aku dapat menikmati rezeki ini dengan penuh kenikmatan..aku juga masih diberi peluang merasai enaknya apam balik kacang..


Alangkah bagusnya andaikata aku dapat berkongsi keenakan apam balik tu dengan anak-anak Palestin, anak-anak yang tidak berdosa, anak-anak yatim yang mak ayah terbunuh untuk satu perjuangan menegakkan agama Islam..


di mana kita saat mereka menangis mendakap jenazah seorang wanita bernama ibu..di mana kita di saat mereka melihat titisan darah yang mengalir di jasad seorang lelaki bernama ayah..kita di pangkuan ayahnda bonda, siang malam tidak lekang dengan kasih sayang..hayatilah erti sebuah kehidupan..


hayatilah erti keenakan sekeping apam balik sekalipun, kerana hidup ini sangat berharga..bersyukurlah dengan apa yang anda ada..kita tidak mempunyai kesempatan hidup untuk kali kedua..penghujungnya adalah kematian...


YA ALLAH..aku bersyukur masih bernafas di bumi MU TUHAN..



Saturday, March 8, 2008

assalamualaikum..


Firstly,nak bagitau yang hari ini adalah hari pertama aku join blog..
aku jugak nak bagitau,hari ni adalah pilihanraya yg ke ..
mase aku taip ni semua,kputusan spr xtau lagi..
so,xmau komen lebih-lebih..
lagipun aku tak cukup umur nak ngundi..
4tahun lagi,insyaALLAH..
apa-apa pun,aku nak jadi hamba ALLAH yg solehah, anak yang baek untuk mak n ayah, kawan yang baek, seme yang baek2la..
nak taip apa lagi ni..
yang penting,aku dambanya redhaNYA sebagai pelindung perjuanganku..
aku perlukan DIA sebagai nadi kekuatan..
bantulah aku YA ALLAH....