Monday, November 11, 2013

Rindu mak

assalamualaikum..

Jarang sangat saya update blog ni, tak berapa nak rajin. tapi kali ni, ada sesuatu yang nak diceritakan. sebab sekarang tak de orang nak dengar cerita saya, jadi buka je blog, create new post.

Saya ingat lagi masa tahun disember 2004, masa tu saya tingkatan 5. baru abis exam spm. masa tu ambil 11 subjek, boleh tahan banyak kan. gigih jugak saya belajar rupanya kan. tapi tak dapat straight a's la, cukup2 makan, kira ok la tu kan. saya duk asrama and last day exam tu, saya balik kampung la kan. tahun tu, exam spm sebelum and selepas raya. jadi masa raya dah angkut semua barang bawa balik rumah, jadi last daya exam tu , tak delah banyak barang. balik naik bas jer la. dari kuala terengganu ke kuala berang.saya kena tukar tiga transport untuk balik kampung, mula2 naik bas or van ke stesen bas kuala terengganu, then, naik bas lagi ke kuala berang, sampai kuala berang, naik van tambang ke rumah. dan hari tu, masa sampai stesen bas kuala terengganu, saya tak terus naik bas. saya pergi merewang2 ke supermarket la orang panggil iaitu hock kee seng. niat di hati satu jer, nak beli hadiah untuk birthday mak saya, walaupun birthday mak 15 oktober, dan ketika itu sudah november, saya beli satu set cawan kopi..ada 6 biji dengan piring dia sekali. saya suruh orang kat kaunter tu bungkus, sebab nak buat suprise sampai kat umah nanti. tak tahu la kenapa, feeling saya dah semacam, hati saya sarat dengan sayang and rindu kat mak. sampai jer rumah, saya sorokkan dulu hadiah tu, dan malam tu, saya bagi dekat mak, dan cakap, ini hadiah hari jadi mak. mak saya diam dan senyum.tak teruja pun nak buka hadiah tu, yang lebih2 nak buka, adik-adik saya yang kecik2 tu, berebut2 diorang duk buka hadiah tu. mak saya tengok jer..moment tu lekat terus dalam ingatan saya ni. lepas balutan hadiah tu dikoyak rabakkan oleh adik2 saya, mak saya tengok,,cantik katanya...dan sampai sekarang cawan tu masih ada kat rumah.

kalau lah saya tahu saya tak punya banyak masa untuk mak saya, hari2 saya akan gembirakan mak saya. hari raya haji pada bulan januari, mak saya amik tempahan ketupat untuk raya, saya tolong mak bungkus ketupat, beratus2 orang tempah, punyalah banyak sampai saya terus pandai bungkus ketupat palas,,hari raya haji pertama, mak saya mengadu sakit perut, sampai malam tak boleh tido, kami adik beradik semua tido kat tengah rumah, temankan mak, sekali sekala bergilir2 bangun urutkan perut mak.sapu ubat, dan tolong urutkan. mak tido, kadang2 terjagan, lenanya sekejap jer. hari raya haji kedua, sakit mak serius dan mak saudara saya datang untuk bawa mak pergi hospital. sampai hospital, mak dimasukkan ke wad. malam tu, mak saudara saya temankan mak kat hospital,.masa tu, ayah tak de kereta, dari kampung berulang alik dengan motosikal ke hospital kuala terngganu. hari raya haji ke tiga, saya packing baju2 untuk temankan mak kat hospital, pergi naik motosikal dengan ayah. saya rasa ada sesuatu yang akan berlaku, perjalanan selama 45minit ke hospital, fikiran saya asyik memikirkan mak. sampai jer hospital, petang ketika tu, mak tak tegur pun saya, hanya merenung tajam, direnungnya muka saya, muka sepupu2 saya dan saudara mara yang ada ketika tu. mak dahaga, saya suapkan air. tak lama kemudian, tekanan darah turun serta merta, dan mak tak sedarkan diri,,bayangkan perasaan saya ketika tu, selepas doktor usahakan untuk selamatkan nyawa mak, doktor sahkan yang mak dah tiada untuk selama-lamanya. saya terduduk. dada saya sebak, tak mampu untuk kata apa-apa, saya peluk tubuh mak yang kaku. alangkah perasaan saya ketika itu,,,

sekarang sudah hampir 9 tahun pemergian arwah mak saya. dan sedikit pun saya tak rasa kehilangan dia sebab dia sentiasa ada dalam doa saya. hubungan kita dengan ibu kita takkan putus kan selagi kita tak berhenti doakan dia.


semoga Allah tempatkan allahyarhamah ibu saya maznah binti abdullah dalam kalangan orang yang beriman.