Monday, November 26, 2012

Manggis dan Islam

Salam ceria,,salam bahagia,,,

Satu cerita untuk dikongsi... ^-^
***SHARING IS CARING***



Hari Ahad. Haji Seman didatangi tamu. Bukan siapa. Hanya si Ah Seng. Anak Ah Kuan, towkay kedai runcit dikampung itu. Memang dihari Ahad begini Ah Seng akan berkeliling dengan Hondanya sambil menjaja buah-buahan bermusim. Sekarang memang musim durian dan manggis. Maka itulah yang dijajanya hari ini.

Ah Seng memang rajin. Walaupun dia sudah mempunyai pekerjaan tetap disebuah kilang elektronik, dia masih mahu menjaja keliling kampung- kampung.Cari kelebihan dan pengalaman katanya. Tak ubah sapetti bapanya waktu muda-muda dulu. Memang bapanya dulu berjaja sebelum mendapat restu dari orang kampung untuk membuka kedai runcit disitu.

Sejak kebelakangan ini, Ah Seng sering pula bertanya tentang Islam. Dan Haji Seman merupakan diantara orang-orang kampung tempat dia bertanya.

"Dah lama sangat aku tengok kamu asik bertanya pasal Islam ni, Seng,"
kata Haji Seman setelah puas memberi jawaban kapada beberapa soalan tentang Islam yang disuguhkan oleh Ah Seng.


"Aku nak tanya lak. Kamu bertanya ni sebab kamu dah terpikat ngan minah Melayu ke? Atau kamu nak masuk Islam? Atau kamu cuma nak tau jer?"

Ah Seng tersengeh mendengar soalan-soalan Haji Seman.

"Eh... Takde le, Pak Man. Saya belum nak kawin lagi," katanya menjawab sekali gus
membantah. Melayunya tidak ada cacat langsung. Maklumlah lahir dan besar dikalangan orang Melayu.


"Nak kata nak masuk Islam tu memang pernah terlintas, Pak Man," katanya lagi. Haji Seman kelihatan ghairah mendengar kata anak towkaycina ini.

Tapi...

"Tapi apa, Ah Seng," dia bertanya. Haji Seman ingin tahu sangat apa yang
membuat orang asing teragak-agak menerima Islam.

"Pak Man tak marah kalau saya terus terang?" Ah Seng meminta jaminan
dari Haji Seman. Dia tahu ini soal sensitip.

"Cakap le. Aku tak marah," kata Haji Seman memberi jaminan.

"Sebenarnya, Pak Man," Ah Seng memulakan.

"Saya bukan jer bertanya tentan Islam. Saya ada gak bertanya tentang Kristian kat kawan-kawan tempat kerja saya tu. Ugama Buddha pun ad saya tanyakan gak.
Tak tau le kenapa sejak kebelakangan ni saya rasa kurang puas dengan ugama yang
diamalkan keluarga saya."

"Oh... Camtu rupanya. Lalu apa yang kamu dapat dalam perbandingan ugama ni,"
tanya Haji Seman.

"Dimana kamu letakkan ugama Islam?"

"Ntah le, Pak Man. Saya rasa Islam tu terkongkong sangat. Banyak
larangannya. Saya takut saya tak kuat."

"Ah Seng... Ah Seng," Haji Seman mengeluh. Itu rupanya yang mereka takutkan.

"Begini, Seng," sambung haji Seman sambil tangannya mencapai manggis
dari keranjang.


"Kamu tengok manggis ni. Ini le buah manggis. Tidak ada lain buah yang dipanggil manggis kecuali ini. Kulit dia ungu. Tebal. Senang jer nak kenal buah
manggis ni. Tapi kalo kamu tengok. Kamu tenung lama- lama. Ada jer yang kamu nak
komen. Misalnya kulit dia tebal le. Warnanya tak konsisten le. Sebelah sini ungu. Sebelah sini hijau kekuningan lak. Macam-macam le kamu leh komen kalo kamu nak."

Haji Seman lalu mengupas kulit manggis itu. Diteruskan penjelasannya.

"Tapi bila kamu kupas kulit dia. Kamu tengok. Putih isi dia. Kamu ambil
seulas dan rasa," Haji Seman melakukan apa yang dikatanya.

"Mmmm... Manis. Bagus manggis ni."

"Begitu le Islam. Kamu cuma tengok dari luar. Puasa memang berat bagi orang yang
tidak pernah berpuasa. Sembahyang lima waktu pun berat gak bagi yang tak
pernah sembahyang. Apa tak. Pepagi dah kena bangun solat subuh. Siang hari
tengah syok-syok shopping kena berhenti lak solat zuhur. Dan seterusnya le."

"Tapi bila kamu mengetahui isi segala apa yang diperintah itu kamu akan
melihat keputihan nya. Kesuciannya. Kemanisannya."

Ah Seng terdiam dengan penjelasan dari Haji Seman itu. Dia tidak pernah mendengar orang menjadikan manggis sebagai perumpamaan untuk menjelaskan tentang Islam.

-semoga menjadi renungan untuk kita semua-

Rahsia Solat di Awal Waktu


Salam,,senyum ye..hehe..

Saya ingin berkongsi satu artikel dari seorang sahabat..
***SHARING IS CARING***

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?betul la kan,,



WAKTU SUBUH
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?



Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita




WAKTU MAGHRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.




WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kuliahnya

-- semoga saya dan anda sentiasa memperbaiki diri kerana kita sememangnya hamba --

Sunday, November 25, 2012

Patung Mannequin murah di Jalan Kenanga

Assalamua'laikum dan semoga sentiasa ceria hendakNya..

Pagi tadi,pukul 10 lebih,aku and the geng pergi ke jalan Kenanga. Tujuannya adalah satu iaitu nak beli patung mannequin merangkap model baju and tudung kami,,hihi

Ini merupakan kali kedua aku pergi ke Jalan Kenanga,punyalah excited, semua kedai rasa nak terjah. Tetapi kebanyakan kedai hanya menjual secara borong dan kalau nak beli satu je, pasti tidak akan dilayan.

Kami berjalan dan setiap kali melewati sesuatu kedai, kami akan meninjau-ninjau ke dalam kedai. Biasalah perempuan, nampak baju bergantung-gantung, maunya tak tergoda,,hehe.

Dan akhirnya, jumpalah satu kedai ni, nampak sangat gah, iaitu kedai jual patung-patung yang kami nak cari. Tanpa berlengah lagi, lepas baca nama kedai tu, kami terus masuk,,,waaaa...banyaknya patung..ada kepala, kaki, full body, body and stand, macam-macam jenis warna kulit patung. Nampaknya, patung-patung tu tak menepati bajet kami (boleh tahan mahal). Nampak plak plastic beg kat rak-rak, tanya tokey kedai, katanya RM28 utk 200pc bagi yang plastc beg yang sederhana besar. Actually, ketiga-tiga kami bermonolog, "mahalnya"..tetapi, ntah macam mana, kena pukau ke atau apa la kan, kami dengan selamba ambil dan bayar tanpa ada apa-apa perasaan.

Then, lepas beli plastic beg, kami meneruskan perjalanan kami untuk mencari patung ajaib yang boleh menjadi model untuk tudung-tudung kat umah tu. Tiba-tiba, aku ternampak ada satu kedai kat deret bangunan paling belakang sekali..Kedai tu kecik jer,tapi,macam-macam ada,,kalau nak dibandingkan dengan kedai patung yang gah tadi,,macam enggang dengan pipit. Sesi bertanya harga pun bermula..waaa....sangat murah...satu kepala patung boleh dapat dengan harga RM14.00..cantek patungnya,,bibirnya,alisnya,,sesuai la tu..masing-masing sudah tersenyum. dah berjumpa dengan patung ajaib,,hehe.

Nampak plak body yang separuh tergantung, harganya cuma RM4.50..macam tak berbaloi je nak buat..bertambahlah senyum kami bertiga. Then,kami masuk ke dalam kedai, nampak plak plastic beg, maunya tak terkejut, harganya cuma RM6.00-RM12.00 sahaja..Rupanya kami sudah tertipu dengan kedai umpama enggang tadi. sangat rugi...

Selepas m=beli beg kargo, kepala patung, body patung dan hanger, aku mencari label nama kedai di bahagian atas pintu kedai tu,,nak tengok nama kedainya apa..kecik jer labelnya...

TERMINAL SIX ENTERPRISE
(maaf, terlalu excited,lupa nak amik gambar)

Dan untuk sesiapa yang pertama kali menjejak kaki ke Jalan Kenanga,anda dinasihati survey dulu kedai sebelum tertipu seperti kami..kuang3..

Thursday, November 22, 2012

::saya sayang dia::

salam

Saya ingin berkongsi tentang seseorang yang sangat saya sayang.

sangat-sangat sayang ok..

saya memanggilnya cik moh iaitu ibu saudara saya. jika ditanya siapa wanita yang saya kagumi selain dari ibu saya, jawapan saya ialah "cik moh". Walaupun saya mempunyai ramai ibu saudara, tapi yang seorang ini lain daripada yang lain, sedikit berbekas di hati saya jika bercerita mengenai dia.

Tak perlu saya ceritakan apa istimewanya dia, tapi cukup sekadar saya katakan dia wanita hebat. walaupun dia hanya seorang ibu saudara kepada saya, tetapi tidak keterlaluan jika saya katakan "membahagiakan dia" adalah tersenarai dalam short list impian saya.

Saya membesar dengan kasih sayang dia, saya hidup dan tabah kerana kasih sayang dia. hebat bukan? yupp,,dia memang hebat...

semoga ALLAH membahagiakan dia setiap saat dan ketika..amin...




Jodoh itu rahsia ALLAH


salam..

saya sering ditanyakan soalan yang sama berulang kali. especially semasa saya menghadiri kenduri kahwin kat kampung. soalannya berbunyi,,,

"awak bila lagi?"

kebiasaannya saya menjawab, "insyaALLAH, kalau ada jodoh,nak kahwin nanti,saya jemputla"..

kalau saya tahu siapa jodoh saya, bila saya akan bernikah, confirm saya bagitau, tetapi masalahnya, saya tidak tahu, semua itu adalah rahsia ALLAH.

Usahlah mendesak saya soalan yang sama. lebih baik kalian semua mendoakan saya dengan berkata begini,

"semoga awak cepat bertemu jodoh,,aminn"

Itu lebih baik daripada bertanya bila saya nak kahwin atau sebagainya. Bukan saya sahaja, meskipun orang lain yang masih solo tidak suka didesak dengan soalan-soalan seperti itu. Apatah lagi jika seeorang itu belum mempunyai calon.

Doakan yang terbaik untuk diri kita dan orang lain, usahlah menyindir atau mendesak...Agak tidak sopan ok. kesian empunya diri jika dia dah berusia tapi belum bertemu jodoh, apakah perasaanNya, cuba fikirkan.

percayalah, ALLAH dah takdirkan jodoh yang terbaik untuk kita, cepat atau lambat, dunia atau di akhirat, walluahu'alam..kita hanya berusaha, yang menentukan Dia Yang Maha Kuasa.

Kerja cikgu sebelum bercuti

assalamua'laikum,,syukur alhamdulillah atas rezeki dan nikmat kehidupan yang Kau limpahkan. sesungguhnya aku hambaMu yang bertuah :)

Pagi yang cerah, bagus sekali,,hehehe. Sambil online facebook, dengar radio, saya menyiapkan tugasan saya yang tak siap-siap. Inilah akibat dari menangguhkan kerja. Kertas exam 3 kelas belum habis bertanda, dan saya terpaksa luangkan masa saya untuk menyemak kertas jawapan sebelum 28 disember..tak lama dah tu..banyak ni,,sejarah , 3
kertas,,



waaaaaa....sangat banyak....objektif, struktur, esei dan esei..

semua soalan dijawabnya, kalau macam ni la cara menjawabnya, nampak sangat yang diorang study,,hati rasa nak senyum,,sekurang-kurangnya,mereka dah belajar untuk mencintai Sejarah. harap-harap macam tu la,,jangan study hanya sebab nak lulus exam..itu saya tak suka (masa time belajar dulu pun, saya pun study untuk lulus exam,,hihi)

semoga saya sentiasa sabar dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab saya..



Wednesday, November 21, 2012

Sunset at Tasik Kenyir :)

assalamua'laikum..

Sunrise, Sunset, Sunshine
::Tiga-tiga saya suka::

Petang 15 November 2012, angin apa ntah yang membuatkan saya sangat-sangat teringin nak tengok sunset kat tasik kenyir. al maklumlah sudah berkurun lamanya tak menjenguk tasik buatan manusia terbesar di asia tenggara tu..apakah khabarnya kan,,hehe..

Jadi,saya pun ajaklah my sporting mommy and daddy. wahhh,,cuaca pun bagus, alhamdulillah. Memang sudah takdirNya yang tercatat bahawasanya saya akan melihat sunset di tasik kenyir pada petang itu. Jadi semuanya berjalan seperti yang dirancang. setibanya kami di sana, ayah ajak minum dulu..Kebetulan kedai makan letaknya betul-betul di tepi tasik, jadi saya bersama Mohamad Sabri iaitu my adik bongsu pun meninjau-ninjau la di tepi tasik.. SUBHANALLAH,,cantik..syukur kerana saya mampu melihat..


kamera saya tak canggih, jadi hasilnya biasa-biasa jela..tapi,bagi saya, ia dah cukup luar biasa,,hihihi..selesai je minum, saya,ayah,mak and sabri pun jalan-jalan tunggu sehingga matahari terbenam..hebatnya kuasa Allah,,saya kagum..saya pun capture la moment-moment manis yang ntah bila pulak saya dapat rasai..




dan sekian sahaja untuk kali ini,,
salam ceria ,semoga berbahagia

PALESTIN diambang PERANG

assalamua'laikum..
takut rasanya bila mndengar perkataan PERANG, terbayang-bayang di ruang mata tentera berkuda menghunus pedang untuk mempertahankan Islam di zaman Rasulullah s.a.w. Itulah hakikat sebenar yang harus dilalui oleh saudara seislam dengan kita iaitu warga Palestin. Mereka memperjuangkan tanah Baitulmaqdis dari yahudi laknatullah. Betapa jauhnya beza antara kita dan mereka.

Di Malaysia, bayi dibuang ke sungai dan dibunuh seolah-olah kita sudah kembali ke zaman arab jahiliah sebelum kedatangan Islam. Pada masa yang sama,wanita Palestin melahirkan anak seramsi yang boleh untuk menjadikan mereka tentera yang sedia berjihad di jalan Allah,,Subhanallah hebatnya mereka.

Saya sedih melihat anak-anak Palestin yang menjadi sasaran peluru dan bom, mana perikemanusiaan mereka? Inilah Yahudi, bangsa yang menjadi musuh Islam yang nyata. Hakikatnya Islam akan berada di mercu kemenangan suatu hari nanti.
Semoga Allah membantu saudara-saudara kita di PALESTIN dan melaknat kaum Yahudi..amin


My Favourite Books in 2012

Assalamua'laikum..

Dua buah buku kegemaran saya untuk tahun 2012 ialah....



Mungkin saya memang sukakan buku jenis travelog atau kembara. Tapi ia tak bermakna saya tak sukakan buku lain, mungkin cara penyampaiannya lebih menghiburkan. hehe :)..Walaupun ia ditulis berdasarkan pengalamn penulis, tetapi ia seolah-olah membawa saya ke tempat tersebut.. i like!! contohnya dalam buku Di Hamparan Shamrock Ku Seru Namamu, penulis menceritakan kembaranya di bumi Ireland dan saya boleh menggambarkan Ireland itu bagaimana rupanya sedangkan saya belum pernah ke sana. Thanks Ustaz Hasrizal (penulis). Manakala buku Dari Penjara Taliban Menuju Iman, mengetengahkan cerita seorang wanita cekal iaitu Yvonne Ridley dalam perjalanannya sebelum dan selepas menerima hidayah Allah s.w.t. Membaca buku bukan hobi saya, tapi memiliki atau membeli buku adalah kemestian bagi saya. Alhamdulillah, hati ini mula jatuh cinta pada buku bermula dengan satu kemestian...