Assalamua'laikum..
Dua buah buku kegemaran saya untuk tahun 2012 ialah....
Mungkin saya memang sukakan buku jenis travelog atau kembara. Tapi ia tak bermakna saya tak sukakan buku lain, mungkin cara penyampaiannya lebih menghiburkan. hehe :)..Walaupun ia ditulis berdasarkan pengalamn penulis, tetapi ia seolah-olah membawa saya ke tempat tersebut.. i like!! contohnya dalam buku Di Hamparan Shamrock Ku Seru Namamu, penulis menceritakan kembaranya di bumi Ireland dan saya boleh menggambarkan Ireland itu bagaimana rupanya sedangkan saya belum pernah ke sana. Thanks Ustaz Hasrizal (penulis). Manakala buku Dari Penjara Taliban Menuju Iman, mengetengahkan cerita seorang wanita cekal iaitu Yvonne Ridley dalam perjalanannya sebelum dan selepas menerima hidayah Allah s.w.t. Membaca buku bukan hobi saya, tapi memiliki atau membeli buku adalah kemestian bagi saya. Alhamdulillah, hati ini mula jatuh cinta pada buku bermula dengan satu kemestian...
No comments:
Post a Comment