Friday, September 26, 2008

selamat hari raya aidilfitri

ari ni ari ke 26 umat Islam seluruh dunia berpuasa,,Ramadhan,,bulan berkah yang kita nantikan sebelum menjelangnya Syawal,,tetapi,,tinggal 4 ari lg jer,,mesti aku akn mrindui Ramadhan kali ini...semua kawan2 da balek,,tinggal aku n kak ros jer..sunyi..ari ni,,berbuka sorang2 sebab kak ros ada hal..rase sedey sangat,,maybe,sebab mkan lauk kicap jer..hehe..esok,,tibalah masenya untuk aku balik,,huhu..tak sabar nak tengok baju raya yg mak buat..maroon...agak2,,adik2 mesti ngah tunggu aku balek kan,,da satu sem xbalik,,td,,g belik kerepek,,semuanya untuk adik2 kak nor,,rindu kat semua..hari raya nanti mesti meriah,,sebab abg aku yg navy 2 pon balek jgk,,
80rg seme brkumpul..tp,,yg xsyokya,,my camera kt kedai,,rosak,,klau x,,gila bergambar la adek2 aku nnti..xsabar nak tgk diorg ngan baju baru..tahun lepas,,baju diorg xbrganti..tahun ni,,ada org sponsor,,2 yg excited sgt..mesti hencem2 wira2 hatiku 4 org 2,,
untuk kwan2 yg da balek n xbalek lg,,camat hari raya,,juga untuk pengunjung blog ku..selamat ari raya..jom ramai2 balik kampung,,pandu ngan cermat,,baca doa naek kenderaan,,semoga ALLAH permudahkan jalan kita pergi dan balek

Sunday, September 21, 2008

LAILATUL QADAR


Dalam Surah Al-Qadr, Allah berfirman yang bermaksud:
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Qadr.
2. Dan tahukah kamu apakah malam Qadr itu.
3. Malam Qadr itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya.
5. Malam itu penuh dengan kesejahteraan sampai terbit fajar.



Petikan Dari Munajat Nabi Musa a.s. Kepada Allah s.w.t.
Munajat Nabi Musa a.s., “Ya Allah yang Tuhanku! Aku ingin menjadi seorang hamba yang paling hampir sekali denganMu. “Firman Allah s.w.t., “Wahai Musa! Sesungguhnya Aku telah hampir dengan hamba-hambaKu yang bangun pada malam Lailatul Qadar.”


Munajat Nabi Musa a.s., ‘Ya Allah ya Tuhanku! Aku amat mengharapkan sekali akan RahmatMu itu.” Firman Allah s.w.t., “Wahai Musa! Sesungguhnya RahmatKu itu adalah bagi mereka yang berkasih sayang dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap orang-orang miskin pada malam Lailatul Qadar.”


Munajat Nabi Musa a.s., “Ya Allah yang Tuhanku! Aku ingin sekali untuk melintasi pada titian Siratul Mustaqim di hari kiamat kelak dengan pantas seperti kilat yang menyambar. ” Firman Allah s.w.t., “Wahai Musa! Sesungguhnya yang demikian itu engkau akan perolehi dengan memberi dan membanyakkan sedekah pada malam Lalatul Qadar.”


Munajat Nabi Musa a.s. “Ya Allah ya Tuhanku! Aku teringin sekali untuk berteduh di bawah pohon-pohon syurgaMu sambil dapat pula memakan buah-buahnya. “Firman Allah s.w.t., “Wahai Musa! Sesungguhnya kamu akan memperolehi niatmu itu tetapi banyakkanlah olehmu akan bertasbih serta bersungguh-sungguh kamu dalam mengerjakannya pada malam Lailatul Qadar.”


Munajat Nabi Musa a.s., “Ya Allah ya Tuhanku! Selamatkanlah aku dari azab neraka jahannamMu. “Firman Allah s.w.t., “Wahai Musa! Bermohonlah kamu kepadaKu dengan membanyakkan meminta keampunan dan beristighfar hingga ke waktu subuh hari pada malam Lailatul Qadar.”


Munajat Nabi Musa a.s., “Ya Allah ya Tuhanku! Anugerahkanlah keredaanMu itu terhadap diriku ini. “Firman Allah s.w.t. “Wahai Musa! Sesungguhnya keredaanKu itu adalah bagi orang-orang yang mengerjakan solat sunat 2 rakaat pada malam Lailatul Qadar.”



Bilakah Malam Lailatul Qadar ?
Imam Al Ghazali Rahimullah berpendapat malam berlakunya Lailatul Qadar itu boleh dikenali dengan cara yang berikut seperti,
Jika awal Ramadan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 29 hb Ramadan.Jika awal Ramadan jatuh pada hari Isnin maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 21hb Ramadan.Jika awal Ramadan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 27hb Ramadan.Jika awal Ramadan jatuh pada hari Sabtu maka Lailatul Qadar jatuh pada malam 23hb Ramadan.



#ihsan Anuar Blog