Sunday, April 22, 2012

Saya cikgu yang berdedikasi

assalamua'laikum...
alhamdulillah,,hari ini, saya berjaya menyiapkan dua kerja yang sudah hampir sebulan saya tangguhkan. Kalau la saya tidak tangguhkan kerja, mungkin takkan rasa sepenat ini. Seharian berhadapan dengan alat ciptaan manusia ini, bagaikan current-current menjalar sedikit demi sedikit ke seluruh badan. Penat yang tidak terhingga rasanya. Anyway,syukur pada Allah s.w.t kerana mentakdirkan ini semua dalam hidup saya. Walaupun masih mengekalkan perangai suka menangguh sejak dari bangku sekolah, tapi saya berjaya siapkan dengan jayanya. Peringatan untuk diri sendiri agar tolong lupuskan sikap suka menangguh dalm diri supaya tidak akan rasa sepenat ini lagi. Dua kerja berkenaan ialah soalan pertengahan tahun sejarah dan laporan induksi. walaupun demikian, saya mengakui yang saya sangat berdedikasi kerana saya tidak pernah lewat untuk menyiapkan apa-apa tugasan. walaupun sebenarnya agak lewat. hehe.(memuji diri sendiri di situ,,ngeh3). Sekali lagi, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...saya semakin bertambah sayang pada Pencipta saya..lOVE U ALLAH S.W.T

Lawak Kacng Hijau

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor: "Selamat petang..."
Pesakit: "Selamat petang Doktor!"
Doktor: "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!"
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.

Doktor: "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit: "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit: "???????????"

Saturday, April 21, 2012

Lirik Lagu Opick-RAPUH

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
ku persembahkan kepada-Mu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepada-Mu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah pada-Mu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintai-Mu
dalam dada ku harap hanya
diri-Mu yang bertakhta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir pada-Mu

I am a Teacher

GAJI GURU NAIK 2012...
Ada yang pertikai... Respon Orang yang TAK PUAS HATI :
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak. HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI GEMBAR GEMBURKAN!! -> Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE.. buat garisan padang... buat persiapan padang... buat kertas kerja... jadi PBSM tengah padang... bila murid kalah, cikgu x pandai ajar.... kalau menang.. budak tu pandai main...
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene kritik... cikgu x pandai ajar...
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak tersalah ketuk... Cikgu kene marah... cikgu x pandai jaga...
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN.. kalau tak cukup... cikgu dulukan duit.. bila cikgu minta dari parent... Mak bapa cakap, cikgu ni asyik minta duit....
Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan utk murid).. cikgu jd PELAYAN.. kalau murid tak dapat RMT.... kata cikgu pilih kasih tak bagi murid tu makan....
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR.. bila da tolong, kata cikgu punca anak murid sakit...
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena jaga makan minum murid... bukan sorg murid jer...
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI.. cikgu cat kelas... suruh murid? habis kene baju murid... esok dapat teguran dari parent... ape cikgu ajar ni???
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak pandai buat persembahan...
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa?? Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa.. jawapan.. anak saya mmg macam tu....
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF.. nak hukum budak.. esok dapat saman dari parent.. bila bagi tau parent... parent cakap tak per... budak2...
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER... yg ajar budak persembahan.. cikgu juga... kalau terbaik... kata budak berbakat... kalau tak elok.. kata cikgu x reti ajar... cikgu lagi...
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA.. cikgu jadi pak guard siang dan malam... untuk pastikan anak murid sedap tidur... cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg kerja cikgu...
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM... bila naik kan harga sikit.. kata cikgu nak kaut untung atas angin.. tp sebenarnya nak kumpul dana sekolah...
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI.. Sambut hari guru sendiri... jadi badut depan murid... murid hanya gelak pada hari guru.... sapa yg d sambut sebenarnya??
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN... nak pastikan sekolah dalam keadaan baik agar murid - murid selesa... tapi bila murid kene gigit nyamuk sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga kebersihan...
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid.. kenapa tak sembahyang... parent sendiri tak sembahyang...tapi bila tanya orang, org cakap, cikgu tak ajar di sekolah...
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER... bila tinggal, org salahkan cikgu tak bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan tanya kenapa lambat... banyak urusan di pejabat....
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH.. bila hukum sikit... esok dapat surat saman dari parent... sbb jentik anak dia...
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa?? kereta cikgu... minyak duit siapa?? duit cikgu....
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK.. berpanas semata - mata nak bagi murid merasa aktiviti...
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK.. cikgu jadi badut... bila salah sikit... esok masuk muka hadapan berita... kata cikgu tak pandai jaga murid... tak nampak cikgu yang jadi pelawak tadi...
Baru 24 kerja jer.. NAK senaraikan lagi ke???? bukan baca pown... apa kerja korang???? cuba bagi tau skit??? Selain jaga anak???
* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya !! I Love My Teacher :) Saya tetap sayang cikgu saya.... siapa kamu kalau bukan jasa cikgu kamu dan keredhaan ilahi...

ihsan : facebook

Mencari yang halal itu FARDU bagi umat Islam

Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.. Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahawa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk:Susu babi.
10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi.
Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Sunday, April 15, 2012

Kisah tentang seorang KAWAN

Saya mempunyai ramai kawan. sangat ramai..sekali lagi saya tekankan.sangat ramai ok. tapi,saya punyai seorang kawan yang punyai perjalanan hidup yang lain daripada kawan-kawan saya yang lain. dia insan yang punyai banyak impian. pada hari pertama saya mengenali dia, wajah beliau sarat dengan cita-cita yang saya tak tahu sama ada menjadi realiti atau sebaliknya. ketika itu, dia mempunyai pekerjaan yang agak stabil. kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Unikl. semester pertama yang dilaluinya penuh riang tawa,masuk jer semester kedua, beliau seolah-olah ditimpa penyakit misteri dek racun dunia yang tak tahu bermula dari siapa. kemudian, beliau berhenti belajar lagi dan menyambung pelajaran di satu kolej swasta. tetapi tak lama kerana penyakit itu seolah-olah menghantui dirinya. apa yang lebih menakutkan lagi, semua orang di sekeliling beranggapan beliau mempunyai masalah psikologi yang serius dan dimasukkan ke hospital. berkat doa ibu dan usaha yang tiada henti dari keluarga, serta berusaha meredhai dengan apa yang terjadi, beliau sembuh. dan sekarang ,beliau di terima bekerja di suatu tempat yang mungkin akan menjamin masa depan beliau. saya bangga kerana saya mempunyai sahabt yang begitu tabah dan kuat menghadapi dugaan hidup yang bukan calang-calang.semoga beliau sentiasa bahagia kerana aku ingin lihat semua bahagia. I hope you always find a reason to smie :)

aktiviti pada hari AHAD

Salam sayang untuk sekalian yang membaca entry ini. Hari ahad memang cuti yang selalu dinanti-nantikan. Biasanya ada jer member-member yang ajak keluar g tengok wayang, window shopping, ronda-ronda dan makan-makan. Tapi hari ini,handset aku diam jer memanjang, tak de tanda-tanda mesej nak masuk or call pun. Emh, so,sendiri mau ingatla..layan diri sendiri ok..hehe. Agaknya cuaca kadang-kadang hujan, kadang-kadan panas buat semua orang mahu berkurung dalam rumah,,i think so. Jadi pagi tadi,siapkan report card 3kemboja.malas sangat buat benda-benda yang ntah pape ni opppsss!!!anda seorang guru,sila tunjukkan attitude yang baik. (ok2,menurut perintah,aku bisikkan pada hati yang sedia malas). Tengahari, siapkan tag untuk hadiah minggu akademik. tapi tak siap2. between tengahari n petang, masak! part yang paling saya suka. ayam goreng blackpepper campur kentang. boleh tahan walaupun sedikit tawar. ngeh,ngeh,ngeh...hari ahad ialah hari untuk berehat. nikmatinya dengan penuh rasa syukur kerana ari isnin akan bermula dengan pelbagai peristiwa di sekolah...yearrrggghhhh!!!!!sentiasa semangat untuk menhadapi hari-hari yang akan datang...yahooo!!!

Saturday, April 14, 2012

Ikan-ikan kesayangan




Memang dah tersangat lme aku tak post ape2 cite dlm blog ni. Seolah2 cam trlupe yg aku ad blog rupenya. Td,,aku bukak blog kawan aku,,alang2 dah bukak,,nk post the latest story in my life. ikan. aku bela ikan,,hehe,,ikan guppy and swordtail,,sekarang ada dua akuarium kat umah,,satu kawan aku punye,,and satu laig aku punye..ikan guppy da beranak tapi,,mamanya and mr black dah mati pada hari yg sama,,,skrg tinggal papanya saekor je,,anak2 baru berumur 2mnggu,tak besar lagi,,so kena letak dlm inkubator dulu..nanti dah besar baru boleh duk sekali ngn papanya