Monday, November 11, 2013

Rindu mak

assalamualaikum..

Jarang sangat saya update blog ni, tak berapa nak rajin. tapi kali ni, ada sesuatu yang nak diceritakan. sebab sekarang tak de orang nak dengar cerita saya, jadi buka je blog, create new post.

Saya ingat lagi masa tahun disember 2004, masa tu saya tingkatan 5. baru abis exam spm. masa tu ambil 11 subjek, boleh tahan banyak kan. gigih jugak saya belajar rupanya kan. tapi tak dapat straight a's la, cukup2 makan, kira ok la tu kan. saya duk asrama and last day exam tu, saya balik kampung la kan. tahun tu, exam spm sebelum and selepas raya. jadi masa raya dah angkut semua barang bawa balik rumah, jadi last daya exam tu , tak delah banyak barang. balik naik bas jer la. dari kuala terengganu ke kuala berang.saya kena tukar tiga transport untuk balik kampung, mula2 naik bas or van ke stesen bas kuala terengganu, then, naik bas lagi ke kuala berang, sampai kuala berang, naik van tambang ke rumah. dan hari tu, masa sampai stesen bas kuala terengganu, saya tak terus naik bas. saya pergi merewang2 ke supermarket la orang panggil iaitu hock kee seng. niat di hati satu jer, nak beli hadiah untuk birthday mak saya, walaupun birthday mak 15 oktober, dan ketika itu sudah november, saya beli satu set cawan kopi..ada 6 biji dengan piring dia sekali. saya suruh orang kat kaunter tu bungkus, sebab nak buat suprise sampai kat umah nanti. tak tahu la kenapa, feeling saya dah semacam, hati saya sarat dengan sayang and rindu kat mak. sampai jer rumah, saya sorokkan dulu hadiah tu, dan malam tu, saya bagi dekat mak, dan cakap, ini hadiah hari jadi mak. mak saya diam dan senyum.tak teruja pun nak buka hadiah tu, yang lebih2 nak buka, adik-adik saya yang kecik2 tu, berebut2 diorang duk buka hadiah tu. mak saya tengok jer..moment tu lekat terus dalam ingatan saya ni. lepas balutan hadiah tu dikoyak rabakkan oleh adik2 saya, mak saya tengok,,cantik katanya...dan sampai sekarang cawan tu masih ada kat rumah.

kalau lah saya tahu saya tak punya banyak masa untuk mak saya, hari2 saya akan gembirakan mak saya. hari raya haji pada bulan januari, mak saya amik tempahan ketupat untuk raya, saya tolong mak bungkus ketupat, beratus2 orang tempah, punyalah banyak sampai saya terus pandai bungkus ketupat palas,,hari raya haji pertama, mak saya mengadu sakit perut, sampai malam tak boleh tido, kami adik beradik semua tido kat tengah rumah, temankan mak, sekali sekala bergilir2 bangun urutkan perut mak.sapu ubat, dan tolong urutkan. mak tido, kadang2 terjagan, lenanya sekejap jer. hari raya haji kedua, sakit mak serius dan mak saudara saya datang untuk bawa mak pergi hospital. sampai hospital, mak dimasukkan ke wad. malam tu, mak saudara saya temankan mak kat hospital,.masa tu, ayah tak de kereta, dari kampung berulang alik dengan motosikal ke hospital kuala terngganu. hari raya haji ke tiga, saya packing baju2 untuk temankan mak kat hospital, pergi naik motosikal dengan ayah. saya rasa ada sesuatu yang akan berlaku, perjalanan selama 45minit ke hospital, fikiran saya asyik memikirkan mak. sampai jer hospital, petang ketika tu, mak tak tegur pun saya, hanya merenung tajam, direnungnya muka saya, muka sepupu2 saya dan saudara mara yang ada ketika tu. mak dahaga, saya suapkan air. tak lama kemudian, tekanan darah turun serta merta, dan mak tak sedarkan diri,,bayangkan perasaan saya ketika tu, selepas doktor usahakan untuk selamatkan nyawa mak, doktor sahkan yang mak dah tiada untuk selama-lamanya. saya terduduk. dada saya sebak, tak mampu untuk kata apa-apa, saya peluk tubuh mak yang kaku. alangkah perasaan saya ketika itu,,,

sekarang sudah hampir 9 tahun pemergian arwah mak saya. dan sedikit pun saya tak rasa kehilangan dia sebab dia sentiasa ada dalam doa saya. hubungan kita dengan ibu kita takkan putus kan selagi kita tak berhenti doakan dia.


semoga Allah tempatkan allahyarhamah ibu saya maznah binti abdullah dalam kalangan orang yang beriman.

Sunday, July 14, 2013

5 Ramadhan

assalamualaikum

cepatnya masa berlalu. Today is sunday and it's means tomorrow is the beginning for the 2nd week of Ramadhan, time flies so fast.

25 hari sahaja lagi untuk kita menikmati keindahan Ramadhan al mubarak yang tiada pada bulan-bulan lain. Solat terawih berjemaah, iftar bersama-sama keluarga (biasanya susah nak berkumpul and makan bersama-sama), bertadarus (rajin luar biasa terutamanya yang nak khatam quran). dan kerana ramadhan, kita seolah-olah muhasabah diri kan.

Tapi kalau ke bazar ramadhan, tiba-tiba lupa diri. semuanya mahu walaupun kadang-kadang rasanya tak perlu. Pada bulan puasa ni jugak, peti ais rumah masing-masing penuh dengan makanan. katanya stok untuk bersahur. masa sahur, pandang pun tidak makanan dalam peti ais tu kan..dah tau dah, sebab diri sendiri pun macam tu.hihi(gelak sopan)..

sekarang pukul 5.25 ptg. saya lebih senang and selesa masak sebab lebih jimat and lebih sedap kot (perasan lagi, asyik nak up diri sendiri je kan)..ari ni, nak masak ayam percik la. Kita ada pemanggang ajaib ..apa susah, guna sajalah.. Nanti ada masa free, saya upate resepi ayam percik style sy kat sini. style saya tu maksudnya style orang bujang la. tapi tak taw la kalau orang dah kahwin pun wat style macam ni. selain ayam percik, kita nak masak sayur lemak taugeh and sawi, sambal belacan..wallah.. ko ado?? hehe.. housemate berbuka ngan suami dia, kita berbuka la ngan adik kita. its ok, kalau berbuka sorang pun saya still ok sebab dah terbiasa. dah 8 tahun berbuka di perantauan, feeling ok jer sebab last ramadhan comfirm berbuka ngan keluarga tercinta..insyaALLAH jika dipanjangkan umur sehingga ramadhan yang terakhir..

dan selamat berbuka, chef dah nak masuk dapur. mulakan langkah dengan bismillah and masaklah dengan penuh kasih sayang. sebab kasih sayang boleh meresap ke dalam masakan kita. ye ke idak,,ntahla,,itu kata orang..

ok, sentiasa ingat, siapa pun kawan kita, dia adalah kawan kita dan saya sayang kawan-kawan saya walaupun hidup saya kusut sebab kawan saya. jauh di sudut hati saya, semuanya berlaku bukan kerana kawan saya tapi itulah dipanggil ujian, saya redha so,sebab tu saya tak nak kawan saya kehilangan saya. saya cuba istiqamah untuk mendidik hati saya supaya sentiasa sabar. serahkan kebergantungan kita pada ALLAH S.W.T..

and now, i'm feeling good =)
(tiba-tiba je kan, out of topic!!)

Monday, July 1, 2013

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum..

Tinggal beberapa hari lagi untuk kita berpuasa. Semestinya ada rindu yang bertamu di hati untuk bertemu Ramadhan. Ohhh..rindunya saya pada bulan yang penuh berkah, sudah tentu rindunya saya mencari malam lailatul qadar. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang menghirup oksigen sehingga ke saat ini. alhamdulillah,

Dihimpit dengan amanah sebagai pendidik,
Diri terbeban dengan tugas bermacam,
Kadang-kadang lelah dan penat ditelan masa,
Hati berolak tidak dipeduli,
Kerna rezeki berpunca di sini,
Dekatkan hati dengan Dia Yang Maha Agung,
Kala terlupa rasa sesal mencengkam diri,
Rindu suara bonda mengelus jiwa,
Tapi bonda telah kembali ke alam sana,
Ramadhan menjelang Sya'aban ditinggalkan,
Semoga setiap titi yang dilangkahi,
Mendapat redha dari Dia Yang Mengasihani.

Semoga setiap apa yang kita lalui, setiap ujian yang dihujani, kita sentiasa tabah dan sabar. InsyaALLAH,,ALLAH sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar.

Semoga ALLAH selamatkan kita dari azab api neraka..
insyaALLAH..

My Big Brother's Engagement Day

assalamualaikum..

Kuala Lumpur, 1 Julai 2013 :
saya sebenarnya nak cerita tentang hari abang saya bertunang pada 26 Mei 2013. Oh tidak!!ceritanya dah basi kan. tak pe, kalau cerita dah basi kita boleh klasifikasikan ia sebagai sejarah. tak gitu??betul la kan. memang spesis manusia yang tak nak kalah, sayalah orangnya. huahuahua..

Orite, balik ke akar umbi. Pertunangan biasanya dilansungkan di rumah pihak perempuan. off couse la kan. hehe. tak cakap pun, u ols mesti taw sendiri right?.ok, bermulanya perjalanan dari negeri ganu yang tercinta pada pukul 11.00 pagi lebih kurang. bergeraklah kami secara berkonvoi, tiga buah kete je..tapi tiga2 keta semuanya padat macam sardin. Destinasinya ialah Bandar Penawar, Johor..perjalanan mengambil masa 9 jam.jauh mak cik!! bertemankan jalan yang berliku-liku, berlubang-lubang and berbonggol-bonggol. Setiap kali sampai kawasan berbonggol or berlubang, kami beramai-ramai angkat punggung. itu jer caranya..kalau tak rasa berkematu aje, seperti naik kuda ler jawabnya.

Finally, jumpa juga penawar nya..

View boleh tahan cantik la...
Sampai sudah kita

Oleh kerana rasa memang tak de baju yang cantik-cantik, (actually, baju lain-lain dah masuk gambar, xbes kalau baju yang sama masuk gambar)...jadi saya pakai jela baju kurung siap yang baru beli kat kedai Muaz Textile..RM39.90 jer sepasang. memang muat-muat lah dengan badan yang susah nak jumpe saiz ni.

Hantaran tu saya yang buat taw, tak berapa nak cantik sebab perasan diri kreatif, sebenarnya tak pun. Nasib baik mak sedare yang kerja KEMAS touch up hantaran tu.tak nak la cerita banyak-banyak sebab dah tak larat. tak berapa nak sihat hari ini, sebab hari Isnin. 1st day for this week,macam ni ler rupenya..lesu,lomah,longlai..

Gubahan simple-simple jer

Lord of The Ring..kiki

Kain

Tuan punya blog

Us

Bakal

Smile

Siblings

Amik!!!

Olo2...

Lari sikit pale mu tu..


Tuesday, April 9, 2013

Muzium Negeri Terengganu + Sungai Belakang Rumah Hamba

salam..
Lama kita tak bersua ye. Banyak benda nak cite, tapi hakikatnya sikap 'malas' sentiasa mencemburui saya. Jadi, cerita untuk kali ini apabila 'rajin' menguasai diri ialah cuti sekolah bulan 3 yang sangat best dan beshhhh.
(berbelit2 ayat,maap ye, harap faham)..

Sambung cite, kelemahan saya ni, bila nak cite jer, ada jer suara2 yang mencelah di sebalik cite saya ni. Tak taw la suara apa, suara hati ke, ntahla..
(lagi sekali mengarut2 plak rase)

Ok,,cuti sekolah bulan 3 kali ni dimeriahkan dengan lawatan sambil belajar sejarah ke muzium,.Bawak mak, adik n 2 orang sepupu yang tak pernah p muzium. Sedikit berlagaklah bila samapi jer kat muzium, aku jadi tourist guide,hihi.Sebab dah pernah pergi masa darjah 3.. (bajet baguuss)..itulah sikap yang memang sukar dikikis dari diri ini yang serba kekurangan dan kadang2 terlebih keceriaan ni.
(dalam merendah diri pun, nak bajett bagus lagi,saboor ye teman2)..

ok, di sini, dilayarkan beberapa keping foto yang agak canttekk.ngeh3.
1,2,3...

Pintu gerbang muzium

My mom buat muka selepas diajak bergambar.

Peace..

Muzium Negeri Terengganu


dan sambung lagi..

Cuti sekolah saya dimeriahkan dengan picnic makan maggi di tepi sungai belakang rumah.
wallawehhh..syok abesss..dan lepas makan,kita mandi sungai. nikmatnya duk kampung. saya sukakan sesuatu yang semulajadi dan hijau. Bila mana saya berada di tepi sungai, angin dia lain macam menyamankan. fresh!! tak sama angin di Kuala Lumpur.

Ditayangkan beberapa "captured the moment" by my nikon d3200..tak pandai guna sangat , amatur terhormat.kihkihkih..selalu tengok foto-foto saiful nang, cantik.jadi, saya pun dalam proses belajo la.awak apa tahu, tak kan ada orang yang tahu serba serbi secara semulajadi ok. Walau bagaimana sekalipun kita dilahirkan cerdik, kita masih bermula dengan meniarap, merangkak, bertatih dan baru berjalan.


Kuat api dia, dek angin yang membadai.

Betul-betul di atas tebing sungai.

Jalur Gemilang kau,patriotisme gitu..

Maggi kari, nyummy..makanan picnic terbaik ok.

Baiklah, lain kali, saya akan bercerita lagi. sekian, wallahualam

Wednesday, January 23, 2013

I have a DREAMS


Salam..semoga sentiasa sejahtera hendakNYA...

untuk entry kali ni, tiada apa yang nak diutarakan,tapi sedikit yang tersisa di hati sebelum tidur.

Tadi,,terbaca post menarik mengenai umrah, dan saya mula teringat mengenai list impian saya yang belum terlaksana.saya yakin, bukan saya sahaja,,tapi ramai kan yang mempunyai list impian...i wsh my dreams come true..insyaALLAH..kalau awak2 semua nak tahu antara impian2 saya ialah :

1. Menjejak kaki ke Tanah Suci Makkah (menunaikan rukun islam ke 5)
2. Membahagiakan keluarga saya seadanya (dalam usaha)
3. Membina "RUMAHKU SYURGAKU" bersama mr.right (tak tahu sape la mr.right tu kan)
4. Memiliki kamera "cita-cita" (dalam usaha)
5. Memiliki beg "cita-cita" (sudah terlaksana, buruk lepuk doh begnya..haha)
6. Menjadi wanita master chef utuk keluarga bahagia saya(dalam usaha,yang penting
rajin)
7. Ronda2 satu Malaysia
8. .......(seterusnya dirahsiakan..hihi)

dan...

satu lagi yang tidak termasuk dalam list impian saya, tapi ia merupakan kewajiban saya ..

MENJADI ANAK YANG SOLEHAH
MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH
MENJADI IBU YANG MITHALI

dannn...

HAMBA ALLAH S.W.T YANG BERIMAN

semoga semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik..semua yang baik datang dari ALLAH S.W.T dan yang kurang baik,,datang dari kelemahan diri saya sendiri..

Monday, January 14, 2013

Tuhan Berikanlah Aku Cinta

salam..
semoga semuanya baik2 aje..
entry saya kali ni mengenai rindu saya pada sebuah movie.
Ketika Cinta Bertasbih. sepertimana Abdullah Khairul Azzam mencari cinta,
begitulah jugalah saya mencari cinta sang adam.
saya tersangat suka cerita ni..beribu2 like ok!
jalan ceritanya sarat denga cerita cnta, cinta pada keluarga,cinta pada Rasul,dan cinta pada Pencipta Yang Maha Esa..

So sweet..bagaimana Abdullah Khairul Azzam telah tertawan dengan keperibadian Anna Althafunnissa sedangkan wanita itu sudah menjadi isteri sahabatnya sendiri.

Jodoh kadang-kadang berda di depan kita,,tanpa kita sedar, akhirnya, memang nyata telah tercatat dia adalah jodoh kita..


layan lirik lagu favourite saya ni,,hihi

Tuhan Berikan Aku Cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta