Monday, July 1, 2013

My Big Brother's Engagement Day

assalamualaikum..

Kuala Lumpur, 1 Julai 2013 :
saya sebenarnya nak cerita tentang hari abang saya bertunang pada 26 Mei 2013. Oh tidak!!ceritanya dah basi kan. tak pe, kalau cerita dah basi kita boleh klasifikasikan ia sebagai sejarah. tak gitu??betul la kan. memang spesis manusia yang tak nak kalah, sayalah orangnya. huahuahua..

Orite, balik ke akar umbi. Pertunangan biasanya dilansungkan di rumah pihak perempuan. off couse la kan. hehe. tak cakap pun, u ols mesti taw sendiri right?.ok, bermulanya perjalanan dari negeri ganu yang tercinta pada pukul 11.00 pagi lebih kurang. bergeraklah kami secara berkonvoi, tiga buah kete je..tapi tiga2 keta semuanya padat macam sardin. Destinasinya ialah Bandar Penawar, Johor..perjalanan mengambil masa 9 jam.jauh mak cik!! bertemankan jalan yang berliku-liku, berlubang-lubang and berbonggol-bonggol. Setiap kali sampai kawasan berbonggol or berlubang, kami beramai-ramai angkat punggung. itu jer caranya..kalau tak rasa berkematu aje, seperti naik kuda ler jawabnya.

Finally, jumpa juga penawar nya..

View boleh tahan cantik la...
Sampai sudah kita

Oleh kerana rasa memang tak de baju yang cantik-cantik, (actually, baju lain-lain dah masuk gambar, xbes kalau baju yang sama masuk gambar)...jadi saya pakai jela baju kurung siap yang baru beli kat kedai Muaz Textile..RM39.90 jer sepasang. memang muat-muat lah dengan badan yang susah nak jumpe saiz ni.

Hantaran tu saya yang buat taw, tak berapa nak cantik sebab perasan diri kreatif, sebenarnya tak pun. Nasib baik mak sedare yang kerja KEMAS touch up hantaran tu.tak nak la cerita banyak-banyak sebab dah tak larat. tak berapa nak sihat hari ini, sebab hari Isnin. 1st day for this week,macam ni ler rupenya..lesu,lomah,longlai..

Gubahan simple-simple jer

Lord of The Ring..kiki

Kain

Tuan punya blog

Us

Bakal

Smile

Siblings

Amik!!!

Olo2...

Lari sikit pale mu tu..


No comments: