Sunday, July 14, 2013

5 Ramadhan

assalamualaikum

cepatnya masa berlalu. Today is sunday and it's means tomorrow is the beginning for the 2nd week of Ramadhan, time flies so fast.

25 hari sahaja lagi untuk kita menikmati keindahan Ramadhan al mubarak yang tiada pada bulan-bulan lain. Solat terawih berjemaah, iftar bersama-sama keluarga (biasanya susah nak berkumpul and makan bersama-sama), bertadarus (rajin luar biasa terutamanya yang nak khatam quran). dan kerana ramadhan, kita seolah-olah muhasabah diri kan.

Tapi kalau ke bazar ramadhan, tiba-tiba lupa diri. semuanya mahu walaupun kadang-kadang rasanya tak perlu. Pada bulan puasa ni jugak, peti ais rumah masing-masing penuh dengan makanan. katanya stok untuk bersahur. masa sahur, pandang pun tidak makanan dalam peti ais tu kan..dah tau dah, sebab diri sendiri pun macam tu.hihi(gelak sopan)..

sekarang pukul 5.25 ptg. saya lebih senang and selesa masak sebab lebih jimat and lebih sedap kot (perasan lagi, asyik nak up diri sendiri je kan)..ari ni, nak masak ayam percik la. Kita ada pemanggang ajaib ..apa susah, guna sajalah.. Nanti ada masa free, saya upate resepi ayam percik style sy kat sini. style saya tu maksudnya style orang bujang la. tapi tak taw la kalau orang dah kahwin pun wat style macam ni. selain ayam percik, kita nak masak sayur lemak taugeh and sawi, sambal belacan..wallah.. ko ado?? hehe.. housemate berbuka ngan suami dia, kita berbuka la ngan adik kita. its ok, kalau berbuka sorang pun saya still ok sebab dah terbiasa. dah 8 tahun berbuka di perantauan, feeling ok jer sebab last ramadhan comfirm berbuka ngan keluarga tercinta..insyaALLAH jika dipanjangkan umur sehingga ramadhan yang terakhir..

dan selamat berbuka, chef dah nak masuk dapur. mulakan langkah dengan bismillah and masaklah dengan penuh kasih sayang. sebab kasih sayang boleh meresap ke dalam masakan kita. ye ke idak,,ntahla,,itu kata orang..

ok, sentiasa ingat, siapa pun kawan kita, dia adalah kawan kita dan saya sayang kawan-kawan saya walaupun hidup saya kusut sebab kawan saya. jauh di sudut hati saya, semuanya berlaku bukan kerana kawan saya tapi itulah dipanggil ujian, saya redha so,sebab tu saya tak nak kawan saya kehilangan saya. saya cuba istiqamah untuk mendidik hati saya supaya sentiasa sabar. serahkan kebergantungan kita pada ALLAH S.W.T..

and now, i'm feeling good =)
(tiba-tiba je kan, out of topic!!)

No comments: