Monday, July 1, 2013

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum..

Tinggal beberapa hari lagi untuk kita berpuasa. Semestinya ada rindu yang bertamu di hati untuk bertemu Ramadhan. Ohhh..rindunya saya pada bulan yang penuh berkah, sudah tentu rindunya saya mencari malam lailatul qadar. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang menghirup oksigen sehingga ke saat ini. alhamdulillah,

Dihimpit dengan amanah sebagai pendidik,
Diri terbeban dengan tugas bermacam,
Kadang-kadang lelah dan penat ditelan masa,
Hati berolak tidak dipeduli,
Kerna rezeki berpunca di sini,
Dekatkan hati dengan Dia Yang Maha Agung,
Kala terlupa rasa sesal mencengkam diri,
Rindu suara bonda mengelus jiwa,
Tapi bonda telah kembali ke alam sana,
Ramadhan menjelang Sya'aban ditinggalkan,
Semoga setiap titi yang dilangkahi,
Mendapat redha dari Dia Yang Mengasihani.

Semoga setiap apa yang kita lalui, setiap ujian yang dihujani, kita sentiasa tabah dan sabar. InsyaALLAH,,ALLAH sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar.

Semoga ALLAH selamatkan kita dari azab api neraka..
insyaALLAH..

No comments: