assalamua'laikum...
Rasanya ramai yang sudah maklum tentang zakat. Sebagai muslim, kita wajib membayar zakat bagi yang sudah memenuhi syaratnya. Saya pun begitu,sekadar untuk memberi ingatan pada diri sendiri dan anda-anda semua. Banyak jugak kategori zakat ni,,zakat pendapatan,zakat simpanan dan macam-macam lagi.
Zakat boleh dibayar melalui online atau di kaunter pungutan zakat. Seeloknya,janganlah kita mengelak untuk membayar zakat, kerana...
::ZAKAT ITU ADALAH UNTUK MENYUCIKAN HARTA BENDA KITA DAN HATI KITA::
(ingat baek-baek ye..)
Baik, saya akan nyatakan syarat-syarat bagi yang wajib membayar zakat :
i. Islam
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
ii. Merdeka
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
iii. Sempurna Milik
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
iv. Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat
Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
v. Cukup Nisab
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
vi. Cukup Haul
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
Untuk kaedah mengira zakat yang anda perlu bayar, anda bolehla melawat portal zakat negeri masing-masing. Sama-samalah kita berzakat.
sucikan hati, jernihkan minda, semoga kita menjadi insan yang bertaqwa :)
No comments:
Post a Comment