Friday, December 28, 2012

Don't forget your ZAKAT

assalamua'laikum...

Rasanya ramai yang sudah maklum tentang zakat. Sebagai muslim, kita wajib membayar zakat bagi yang sudah memenuhi syaratnya. Saya pun begitu,sekadar untuk memberi ingatan pada diri sendiri dan anda-anda semua. Banyak jugak kategori zakat ni,,zakat pendapatan,zakat simpanan dan macam-macam lagi.

Zakat boleh dibayar melalui online atau di kaunter pungutan zakat. Seeloknya,janganlah kita mengelak untuk membayar zakat, kerana...

::ZAKAT ITU ADALAH UNTUK MENYUCIKAN HARTA BENDA KITA DAN HATI KITA::
(ingat baek-baek ye..)





Baik, saya akan nyatakan syarat-syarat bagi yang wajib membayar zakat :

i. Islam
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.

ii. Merdeka
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.

iii. Sempurna Milik
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.

iv. Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat
Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.

v. Cukup Nisab
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.

vi. Cukup Haul
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.


Untuk kaedah mengira zakat yang anda perlu bayar, anda bolehla melawat portal zakat negeri masing-masing. Sama-samalah kita berzakat.

sucikan hati, jernihkan minda, semoga kita menjadi insan yang bertaqwa :)



Friday, December 21, 2012

DISEMBER di Kuala Lumpur

assalamua'laikum dan selamat malam..

kedatangan saya ke KL di saat banyak shopping mall yang sedang sale krismas adalah bukan bertujuan untuk shopping, tetapi adalah untuk melihat pencapaian pelajar saya dalam pmr..jadi,sebagai selingannya,kita jalan-jalanla sekali..so,saya angkut 2 orang budak bertuah iaitu adik saya,sekali sekala bawa jalan-jalan. baru berkat rezeki kita kan...hehe

alhamdulillah,,

walaupun saya mengajar kelas last sekali,paling corot, cerdik tapi kurang pandai, at least, 9 dari 15 pelajar saya lulus juga akhirnya..mungkin bagi kita, subjek geografi bukanlah killer subject but..bila ia melibatkan pelajar yang lemah dalam bahasa melayu dan pengetahuan am,,ia sanagt2 kritikal bagi saya.

di saat kita menerangkan mengenai tempat penanaman terkenal kelapa sawit di Malaysia,mereka boleh bertanya, "pokok kelapa sawit tu macam mana cikgu"..memang kerja saya adalah kasi mereka faham,kadangkala saya tunjukkan gambar dan sebenarnya saya lebih gemar menerangkannya melalui lukisan..it's fun..hehe

ok.

habis part budak2 kelas 3 kemuning yang saya sayang..


sekarang masuk part 2..

jalan-jalan di kuala lumpur..

tak de banyak yang saya nak ceritakan cz terlalu penat.pagi esok , jam 9.00 pagi berangkat pulang ke ganu kite. so,cukuplah skadar sy ceritakn melalui gambar ok..
hehe

saya, sabri dan amin di depan klcc

sabri,amin dan zai di pizza hut

adik dan kakak

pizza yang tak sedap tapi mahal