Sunday, April 15, 2012

Kisah tentang seorang KAWAN

Saya mempunyai ramai kawan. sangat ramai..sekali lagi saya tekankan.sangat ramai ok. tapi,saya punyai seorang kawan yang punyai perjalanan hidup yang lain daripada kawan-kawan saya yang lain. dia insan yang punyai banyak impian. pada hari pertama saya mengenali dia, wajah beliau sarat dengan cita-cita yang saya tak tahu sama ada menjadi realiti atau sebaliknya. ketika itu, dia mempunyai pekerjaan yang agak stabil. kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Unikl. semester pertama yang dilaluinya penuh riang tawa,masuk jer semester kedua, beliau seolah-olah ditimpa penyakit misteri dek racun dunia yang tak tahu bermula dari siapa. kemudian, beliau berhenti belajar lagi dan menyambung pelajaran di satu kolej swasta. tetapi tak lama kerana penyakit itu seolah-olah menghantui dirinya. apa yang lebih menakutkan lagi, semua orang di sekeliling beranggapan beliau mempunyai masalah psikologi yang serius dan dimasukkan ke hospital. berkat doa ibu dan usaha yang tiada henti dari keluarga, serta berusaha meredhai dengan apa yang terjadi, beliau sembuh. dan sekarang ,beliau di terima bekerja di suatu tempat yang mungkin akan menjamin masa depan beliau. saya bangga kerana saya mempunyai sahabt yang begitu tabah dan kuat menghadapi dugaan hidup yang bukan calang-calang.semoga beliau sentiasa bahagia kerana aku ingin lihat semua bahagia. I hope you always find a reason to smie :)

No comments: