Monday, January 13, 2014

Wedding My Big Brother

Assalamualaikum..
Lama sudah tidak memuat naik gambar ke blog ini. Begitu sekali skemanya ayat saya. Tidak mengapa, asalkan mudah difahami dan tidak berbolot2 kata orang ganu. Sepatutnya gambar ini saya upload seusai saja majlis abang saya. Oh tidak mungkin sama sekali kerana oleh dek tugas yang dipikul, mana mungkin saya berkesempatan berbuat demikian. Aduhhh, berbahasa2 betul ayat saya..

17 November 2013 ::Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor::
Al kisahnya pada hari yang tersebut, majlis di sebelah pengantin perempuan. Tak banyak untuk diceritakan, kerana biarlah gambar yang berbicara.

Keluarga saya memang ramai lelaki dari perempuan..look!!

Pengapit yang terlindung di sebalik kain selayut di pelamin.

Bersungguh-sungguh ayahnda ku menabur beras,,kikiki

Suka mak kita dapat menantu

Tak sempat rasa pun kek ni, sibuk amik gambar je..

We all..

Orang suruh buat mata, ak nak buat peace,,selalu salah terima arahan.

23 November 2013 ::Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu::
Tibalah masanya Majlis Sambut Menantu yang diadakan di rumah tumpahnya darahku. Majlis diadakan cukup sederhana, tak perlu bermewah-mewah. Keluarga saya memang begitu, biar sederhana asalkan meriah. Di sini saya tempelkan beberapa keping gambar.

Siang daging..Kecik, besor , tua muda semua ada, kerjasama kita membawa bahagia..

Mak saudara kita dan anak-anak..

Kita dan satu-satunya adik perempuan kita.

Beriringan.

Lauk pengantin memang taraf 5star,rugi tak dapat merasa.hebat tukang masak dia.

Rugilah orang yang snap pitcure ni sebab tak de dalam gambo.

Berterabur u olls..Teserlah keamaturan photografer dia kan.

Habis gaya dah, kakak ipar saya melayan aje.

Excited betul budak-budak ni..acara membuka hadiah

Si kecik tu sibuk jugak dia..

No comments: