Sunday, June 15, 2014

Liri lagu Opick -Bila Waktu Telah Berhenti

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu
bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu
dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya
bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi
Jauh di sudut hati, aku malu pada Allah s.w.t..aku takut aku leka berkiblatkan dunia..Ya Allah, tetapkan jalanku ,menuju redhaMU


Trip backpack ke Ho Chi Minh -part 1

assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Mai ai,berhabuk sudah blog saya ni. Boleh masuk muzium dah ni. Entry kali ni tentang trip saya dan mak-cik2 gegel ke Ho Chi Minh. Pergi 13 orang,backpack ok. Klau ramai macam ni dah kira macam pergi dengan agen kan.

Pada asalnya, saya dan 3 orang kawan sahaja yang pergi, kami plan senyap-senyap.kalau tahu kat cikgu-cikgu,habis satu bilik guru nak ikut. tapi, oleh kerana kitorang agak rapat dengan beberapa orang cikgu senior ni, bagitahu jela. tak sangka plak diorang nak ikut,beria-ria benor. Tak mampu nak ditolaknya. cikgu-cikgu yang nak ikut ni dah kelas 40an. bukan muda mudi macam kitorang. Setelah berbincang gitu gini, bolehla kalau nak ikut,tapi kitorang pun bukan tahu sangat,tak de sorang pun pernah pergi. gamble saje.

Kami pergi selama 3 hari, sebab 18 April,jumaat,sekolah saya cuti good friday. jadi,memang sangat good la..haha.Jadi,dah tahu tarikhnya, book tiket airasia. asalnya tempah 4 dulu, sebab rancangannya 4 orang sahaja, tapi tempah dan tempah lagi jadi 13 orang. harga lebih kurang jer. Kalau tempah lagi awal,lagi murah. ini 2bulan sebelum,agak mahal sebenarnya.tapi hentam saje la..

Hotel pula tempah melalui agoda.com. mudah,cepat.senang nak surey tempat-tempat yang dekat dengan ben thant market. harga-harga pun boleh tahan ok.kami menginap di hotel pink saigon 2.hotel ni sangat glamor di kalangan blogger.

Setiap sorang tukar rm160 bersamaan 1juta vietnam dong sahaja, sebab kat sana pakai ringgit malaysia kita untuk jual beli, 1juta tu untuk makan, teksi sahaja.nak buat beli pun boleh, tapi rugi sikit kot kalau bayar guna dong

Hari pertama 18 April 2014

flight kami pada pukul 7 lebih pagi. lupa sudah.hehe. boarding time 6.25pagi, solat subuh kat lcct. masa pergi, sorang daripada kami ambil luggage 25kg sebab ramai yang nak bawa luggage besar-besar, takut tak muat nak bawak naik atas flight. alhamdulillah, beg-beg besar tu cukup-cukup 24kg macam tu. kalau tak bercadang nak bawak beg besar,tak perlu la beli luggage ye.

masa book tiket flight, kami siap-siap tambah untuk makanan, sebab sampai sana mesti lapar, lagi-lagi satu apa pun tak tahu. at least, kalau sesast ke apa, kami dah kenyang.hehe

waktu kat sana awal sejam dari malaysia kita. penerbangan selama 2jam. jadi sampai sana pukul 8.00 pagi waktu vietnam. daripada survey, kata encik bloggers, better naik teksi vinasun, sebab murah dan pakai meter. tapi kami seramai 13 orang, jadi, kena bahagi 3 teksi. tapi, oleh kerana kakak-kakak saya ni takut sesat la, takut tak sampai hotel la, kami naik la van. mahal sedikit la dari naik 3 buah teksi,tapi aspek keselamatan perlu dititikberatkan. kami kan "agen".haha.lagi-lagi ada 2 orang kanak-kanak turut serta.kesian diorang nanti.

masa sampai kat airport,inilah vannya
motosikal yang banyak
riuh rendoh sekali puok-puok ni

riuh rendah satu van. tengok motor, semuanya happy.. kat sana hampur 70% naik motosikal. punya la excited,masing-masing buta kayu. saya dan 3 orang kawan ni ada la jugak survey kat blog, tempat shopping dan sebagainya, tapi, kakak-kakak kita ni harapkan 100% pada kami, kelakar betul..macam kami ni agen plak rasanya. agak berisiko juga sebenarnya, tapi layaaannnn....kata kakak-kakak ni, "akak ikut adik jer,"

sampai jer HOTEL PINK SAIGON 2, tak boleh check in lagi, tapi boleh tinggal beg dulu kat lobby, check in dalam pukul 2.00 petang. jadi kami cuci mata kat ben thant market dulu, mak ai, doket sangat, maksudnya, encik2 blogger tak tipu la..hehe.depan hotel pon ada kedai jugak. masuk jer ben thant market, agak panas sesak sikit, lorong-lorong pun muat sorang sorang jer lalu.jalan macam beratur la. ala2 macam kat lorong area jalan TAR. lepas tu ronda-ronda cari taka plaza, 2 kali pusing tak jumpa, dah bawak peta, tapi tak faham.akhirnya jumpa jugak,hehe

makan di kedai hajah basiroh, depan hotel.minum kopi ais,,saya bukan pengemar kopi, tapi setiap kali makan mesti order air kopi,punyalah hebat penangan kopi ietnam ni kan..sodap...kedai tu paling ok la harga.lepas tu check in hotel, semua terbungkam kat bilik masing-masing.

sebelah malamnya, pergi pasar malam. setiap malam ada pasar malam kat sini.marvelous!!

kedai kain pertama kami singgah

ni ha dalam ben thant market,sesak!!

semua pakai sunglasses,,class u ols

ni la pintu masuk yang paling dekat dengan hotel kami

ni bulatan kuda, sebelah ben thant market

ronda-ronda cari taka plaza

berlatabelakangkan bangunan tak tahu nama
kat pasar malam

Baiklah, nanti berkelapangan saya sambung entry part 2..












Monday, January 13, 2014

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Teserlah kesememehan mukaku ketika itu.

Ketika ini merupakan zaman gigih menuju puncak. Rindu bertamu di hati ini. Jadi upload la sekeping, tanda penghargaan kepada cameraman yang merakam foto ini detik itu. Terima kasih tuan cameraman. Kalau tidak salah hamba, foto ini dirakam pada tahun 2007. Tujuh tahun yang lalu ok.Semuanya sudah berkahwin kecuali yang menaip cerita ini. Belum sampai jodoh barangkali.

Wedding My Big Brother

Assalamualaikum..
Lama sudah tidak memuat naik gambar ke blog ini. Begitu sekali skemanya ayat saya. Tidak mengapa, asalkan mudah difahami dan tidak berbolot2 kata orang ganu. Sepatutnya gambar ini saya upload seusai saja majlis abang saya. Oh tidak mungkin sama sekali kerana oleh dek tugas yang dipikul, mana mungkin saya berkesempatan berbuat demikian. Aduhhh, berbahasa2 betul ayat saya..

17 November 2013 ::Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor::
Al kisahnya pada hari yang tersebut, majlis di sebelah pengantin perempuan. Tak banyak untuk diceritakan, kerana biarlah gambar yang berbicara.

Keluarga saya memang ramai lelaki dari perempuan..look!!

Pengapit yang terlindung di sebalik kain selayut di pelamin.

Bersungguh-sungguh ayahnda ku menabur beras,,kikiki

Suka mak kita dapat menantu

Tak sempat rasa pun kek ni, sibuk amik gambar je..

We all..

Orang suruh buat mata, ak nak buat peace,,selalu salah terima arahan.

23 November 2013 ::Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu::
Tibalah masanya Majlis Sambut Menantu yang diadakan di rumah tumpahnya darahku. Majlis diadakan cukup sederhana, tak perlu bermewah-mewah. Keluarga saya memang begitu, biar sederhana asalkan meriah. Di sini saya tempelkan beberapa keping gambar.

Siang daging..Kecik, besor , tua muda semua ada, kerjasama kita membawa bahagia..

Mak saudara kita dan anak-anak..

Kita dan satu-satunya adik perempuan kita.

Beriringan.

Lauk pengantin memang taraf 5star,rugi tak dapat merasa.hebat tukang masak dia.

Rugilah orang yang snap pitcure ni sebab tak de dalam gambo.

Berterabur u olls..Teserlah keamaturan photografer dia kan.

Habis gaya dah, kakak ipar saya melayan aje.

Excited betul budak-budak ni..acara membuka hadiah

Si kecik tu sibuk jugak dia..