Monday, March 9, 2009

selamat menyambut maulidur Rasul 1430H


assalamu'alaikum..
hari ni 9 March 2009 bersamaan 12 RabiulAwwal 1430H..
hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w..
sama2 lah kita mengenang, menghayati dan mengambil iktibar daripada
kisah suka duka perjuangan baginda..

Thursday, March 5, 2009

hari ini

assalamualaikum...
boring..bosan..pagi yang cerah, tiada tanda2 nak hujan..alhamdulillah..semoga setiap urusanku hari ini berjalan ngn baek..dari semalam hinggalah pagi ni, masih setia ngn psm aku ni..x ciap2..insyaALLAH,petang ni, jumpe ngan penyeliaku yang terbaek.. da x de idea nak wat ayat ni.. bercerita mengenai kemahiran insaniah ni bukannya senang.. dulu,aku jgk yg beria2 wat tajuk ni..tp,,whateverla..kena la telan jgak.. hadapi dgn senyuman.. huhu..
emmhhh..malam ni, tinggal lah aku, naemah n kak aida ngn bhagianya..yang len seme nak balik.. kadang2 hdup ni sgt pelik...ari ni,,ramai org di sisi kita,,esok, tinggal kita sorang2..tp, itulah hakikat kjadian yg sbnar2nya.. last sekali memang kita akan sorang2 pergi mnemui Dia Yang Maha Esa.. waaa..bercakap pasal mati, takutnya..aku x bersedia lagi..banyak lagi amal yang kurang.. semoga kita memperbanyakkan amalan, dipanjangkan umur dan dikuatkan iman..amin......
haa,,, sape2 yang ada maklumat pasal kemahiran insaniah dan kelab persatuan di sekolah, inform kat aku.. x salahkan kita brkongsi ilmu..hidup ni kenalah tolong menonlong..hehe

Tuesday, March 3, 2009

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

download my favourite song here!

hijjaz-sebelum mata terlena
hijjaz-untuk Tuhan
saujana-langkah kaki kananku
hijjaz-Nur Tuhan

Firdaus-Permata ayah bonda
irsyadee- Taubat