Saturday, March 29, 2008

Manusia yang dapat doa para Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati kerana takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa')
Berikut adalah senarai orang - orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci'"
(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia"
(Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra' bin 'Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang - orang yang berada pada saf - saf terhadapan"
(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang - orang yang menyambung saf - saf"
(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu" (Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'"
(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

Monday, March 10, 2008

bersyukurlah untuk sekeping apam balik..

assalamualaikum,,,











Hari ni ada pasar malam..everyweek,aku memang tak melepaskan peluang la shopping makanan kat pasar malam tu..walaupun pasar tu kecik je,tapi bestla..hujan2 pun,aku redah jugak sambil nyanyi lagu group Hujan..hehe..apa yang best sangat kat pasar malam tu?..satu jenis makanan yang menjadi favourite aku..iaitu..si apam balik..aku tak kira,nak bagitau jugak apam balik, even kawan aku selalu bengang sebab aku asyik beli apam balik je..


huhu..


Sekarang,da macam-macam apam balik da ada,jenis chocolate, pisang, nenas, seme ada...da macam waffle yang bese jual kat stesen bas(batu pahat) tu..


tapi, apam balik bese(kacang tanah) tetap menjadi pilihan aku yang memang manusia bese...sedap..


alhamdulillah, syukur padaMU TUHAN, dengan limpah kurniaNYA, aku dapat menikmati rezeki ini dengan penuh kenikmatan..aku juga masih diberi peluang merasai enaknya apam balik kacang..


Alangkah bagusnya andaikata aku dapat berkongsi keenakan apam balik tu dengan anak-anak Palestin, anak-anak yang tidak berdosa, anak-anak yatim yang mak ayah terbunuh untuk satu perjuangan menegakkan agama Islam..


di mana kita saat mereka menangis mendakap jenazah seorang wanita bernama ibu..di mana kita di saat mereka melihat titisan darah yang mengalir di jasad seorang lelaki bernama ayah..kita di pangkuan ayahnda bonda, siang malam tidak lekang dengan kasih sayang..hayatilah erti sebuah kehidupan..


hayatilah erti keenakan sekeping apam balik sekalipun, kerana hidup ini sangat berharga..bersyukurlah dengan apa yang anda ada..kita tidak mempunyai kesempatan hidup untuk kali kedua..penghujungnya adalah kematian...


YA ALLAH..aku bersyukur masih bernafas di bumi MU TUHAN..



Saturday, March 8, 2008

assalamualaikum..


Firstly,nak bagitau yang hari ini adalah hari pertama aku join blog..
aku jugak nak bagitau,hari ni adalah pilihanraya yg ke ..
mase aku taip ni semua,kputusan spr xtau lagi..
so,xmau komen lebih-lebih..
lagipun aku tak cukup umur nak ngundi..
4tahun lagi,insyaALLAH..
apa-apa pun,aku nak jadi hamba ALLAH yg solehah, anak yang baek untuk mak n ayah, kawan yang baek, seme yang baek2la..
nak taip apa lagi ni..
yang penting,aku dambanya redhaNYA sebagai pelindung perjuanganku..
aku perlukan DIA sebagai nadi kekuatan..
bantulah aku YA ALLAH....